Bacaan Darah Tinggi : Panduan Memahami Tekanan Normal & Hipertensi

Berapakah bacaan darah tinggi yang perlu anda tahu sebagai persediaan pemeriksaan kesihatan sendiri?

Dalam era moden yang semakin pantas, isu kesihatan kardiovaskulas seperti tekanan darah tinggi. menjadi kebimbangan utama di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Gaya hidup yang semakin sedentari, pemakanan tidak seimbang, serta tekanan kerja yang tinggi menyumbang kepada peningkatan kes hipertensi.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi Institusi Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, lebih 30% rakyat dewasa di negara ini menghidap tekanan darah tinggi, dan jumlah ini terus meningkat setiap tahun. Malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami hipertensi kerana ia sering digelar sebagai “pembunuh senyap”, tanpa gejala jelas sehingga komplikasi serius seperti serangan jantung atau strok berlaku.

Artikel ini bertujuan memberi panduan komprehensif untuk memahami bacaan tekanan darah, kategori tekanan normal atau hipertensi, serta langkah pencegahan dan pengurusan.

Apa Itu Tekanan Darah?

bacaan darah tinggi tekanan darah

Menurut National Center for Biotechnology Information, tekanan darah boleh diistilahkan sebagai kekuatan darah yang menolak dinding arteri ketika ia dipam oleh jantung.

Bacaan tekanan darah biasanya diukur menggunakan alat tekanan darah yang diwakili dalam dua angka, contohnya 120/80 mmHg. Bacaan tekanan darah merupakan petunjuk utama tahap keshatan kardiovaskular seseorang.

Komponen Dalam Bacaan Tekanan Darah

Menurut The New England Journal of Medicine, sistolik dan diastolik adalah dua komponen utama dalam bacaan tekanan darah yang digunakan untuk memahami tekanan saluran darah semasa jantung berfungsi

Kedua-duanya diukur dalam unit milimeter merkuri (mmHg) dan mempunyai peranan serta makna yang berbeza.

1. Sistolik

Sistolik ialah tekanan darah yang dihasilkan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan. Ia mencerminkan tekanan maksimum pada dinding arteri semasa jantung berkontrasi (degupan jantung).

Bacaan normal sistolik adalah kurang daripada 120 mmHg. Bacaan sistolik menunjukkan sejauh mana jantung bekerja untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jika angka ini terlalu tinggi, ia mungkin menunjukkan arteri yang sempit, kekerasan saluran darah, atau peningkatan beban kerja jantung.

Ia sekaligus memberi risiko yang tinggi untuk anda mendapat masalah seperti serangan jantung atau strok. Jika bacaan tekanan darah ialah 120/80 mmHg, angka 120 ialah bacaan sistolik.

2. Diastolik

Diastolik ialah tekanan darah yang diukur ketika jantung berehat di antara degupan. Pada waktu ini, jantung sedang mengisi darah untuk degupan seterusnya, dan tekanan pada dinding arteri berada pada tahap terendah.

Bacaan normal sistolik adalah kurang daripada 80 mmHg. Bacaan diastolik mencerminkan keadaan arteri apabila jantung tidak mengepam darah. Tekanan diastolik yang tinggi mungkin menunjukkan arteri yang kurang elastik atau tekanan kronik pada sistem kardiovaskular.

Masalah ini cenderung untuk anda mendapatkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan otak. Jika bacaan tekanan darah ialah 120/80 mmHg, angka 80 ialah bacaan diastolik.

Jenis Alat Tekanan Darah

Menurut National Center for Biotechnology Information, alat periksa tekanan darah adalah peranti yang digunakan untuk mengukur tekanan darah seseorang.

Ahli ini penting bagi mereka yang ingi memantau kesihatan kardiovaskular, terutamanya individu yang berisiko tinggi seperti pesakit hipertensi, warga emas, atau mereka dengan sejarah penyakit jantung.

Pelbagai jenis alat check tekanan darah tersedia di pasaran, masing-masing dengan fungsi dan ciri unik.

1. Sphygmomanometer Manual

bacaan darah tinggi sphygmomanometer manual

Sphygmomanometer manual ialah alat pengukur tekanan darah tradisional yang terdiri daripada dua jenis: merkuri dan aneroid. Alat ini memerlukan cuff (pengapit lengan) yang diisi udara, stetoskop, dan bacaan manual.

Pengguna mengepam cuff secara manual menggunakan belon tangan sehingga tekanan mencukupi untuk menghentikan aliran darah di arteri. Stetoskop digunakan untuk mendengar bunyi dengupan jantung dan menentukan bacaan sistolik serta diastolik.

Kelebihan alat ini adalah ketetapannya yang tinggi dan sering digunakan oleh profesional kesihatan di hospital dan klinik. Namun, ia memerlukan latihan untuk digunakan dengan betul dan kurang sesuai untuk kegunaan di rumah.

2. Digital Blood Pressure Monitor

bacaan darah tinggi digital blood pressure monitor

Digital blood pressure monitor ialah alat moden yang lebih mudah digunakan dan sesuai untuk kegunaan di rumah. Ia menggunakan cuff automatik dan sensor digital.

Pengguna hanya perlu memasang cuff pada lengan (atau pergelangan tangan), dan alat ini akan mengepam udara serta memaparkan bacaan tekanan darah pada skrin digital. Kelebihan utam alat ini adalah kemudahan penggunaannya tanpa memerlukan kemahiran khas.

Sesetengah model juga menyimpan rekod bacaan untuk rujukan. Walau bagaimanapun, ketepatannya boleh terjejas jika digunakan dengan cara yang salah, dan ia memerlukan bateri atau sumber kuasa.

3. Wrist Blood Pressure Monitor

bacaan darah tinggi wrist blood pressure monitor

Wrist blood pressure monitor direka untuk pengukuran tekanan darah di pergelangan tangan. Ia menggunakan teknologi sensor elektronik, sama seperti alat digital automatik. Alat ini mempunyai saiz yang kecil dan mudah dibawa, menjadikannya sesuai untuk digunakan semasa perjalanan.

Namun, bacaan alat ini kurang tepat jika posisi pergelagan tangan tidak betul. Oleh itu, ia tidak digalakkan untuk mereka yang memerlukan pemantauan tekanan darah yang sangat tepat.

4. Ambulatory Blood Pressure Monitor

bacaan darah tinggi ambulatory blood pressure monitor

Ambulatory blood pressure monitor ialah alat khas yang dipakai sepanjang hari untuk memantau tekanan darah secara berterusan. Ia merakam bacaan tekanan darah pada waktu-waktu tertentu, termasuk semasa tidur.

Kelebihannya ialah memberikan gambaran menyeluruh tentang tekanan darah harian seseorang, yang sesuai untuk diagnosis hipertensi “white coat” (tekanan darah tinggi akibat rasa cemas di klinik).

Walau bagaimanapun, alat ini mungkin tidak selesa dipakai sepanjang hari dan biasanya hanya digunakan atas nasihat doktor.

5. Finger Blood Pressure Monitor

bacaan darah tinggi finger blood pressure monitor

Finger blood pressure monitor adalah alat kecil yang menggunakan sensor optik untuk mengesan tekanan darah melalui jari.

Alat ini ringkas, mudah alih, dan sangat mudah digunakan. Walaupun ia kelihatan praktikal, bacaan alat ini kurang tepat berbanding alat yang digunakan pada lengan atau pergelangan tangan. Oleh itu, alat ini lebih sesuai untuk kegunaan sementara dan bukan untuk pemantauan profesional.

Kategori Bacaan Darah Tinggi

Bacaan darah tinggi, atau lebih dikenali sebagai hipertensi, merujuk kepada bacaan tekanan darah yang lebih tinggi daripada julat normal. Berikut adalah panduan memahami bacaan tekanan darah tinggi:

1. Bacaan Tekanan Darah Normal

  • Sistolik: Kurang daripada 120 mmHg
  • Diastolik: Kurang daripada 80 mmHg

Bacaan tekanan darah dianggap normal apabila angka sistolik kurang daripada 120 mmHg dan diastolik kurang daripada 80 mmHg. Bacaan ini menunjukkan bahawa aliran darah melalui arteri adalah lancar tanpa tekanan berlebihan pada dinding arteri.

Individu dengan tekanan darah normal mempunyai risiko yang rendah untuk penyakit kardiovaskular seperti strok atau serangan jantung.

Untuk mengekalkan tahap ini, amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, bersenam secara berkala, dan mengurangkan tekanan emosi sangat digalakkan.

2. Hipertensi Tahap 1

  • Sistolik: 130-139 mmHg
  • Diastolik: 80-89 mmHg

Hipertensi tahap 1 berlaku apabila bacaan sistolik berada dalam lingkungan 130-139 mmHg atau diastolik antara 80-89 mmHg. Pada tahap ini, bacaan darah tinggi sudah melebihi paras normal tetapo belum mencapai tahap kritikal.

Walaupun simpto mungkiin tidak ketara, risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau kerosakan buah pinggang mulai meningkat.

Rawatan awal biasanya melibatkan perubahan gaya hidup seperti mengurangkan pengambilan garam, meningkatkan aktiviti fizikal, dan menguruskan tekanan. Jika langkah ini tidak mencukupi, doktor mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan.

3. Hipertensi Tahap 2

  • Sistolik: 140 mmHg atau lebih
  • Diastolik: 90 mmHg atau lebih

Bacaan darah tinggi dalam kategori ini adalah apabila angka sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau diastolik berada pada 90 mmHg atau lebih.

Hipertensi tahap 2 adalah lebih serius kerana ia memberi tekanan yang lebih tinggi pada dinding arteri, meningkatkan risiko komplikasi seperti strok, serangan jantung, atau kerosakan organ dalaman.

Rawatan untuk hipertensi tahap 2 biasanya melibatkan gabungan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup yang ketat. Pemantauan tekanan darah secara kerap adalah penting bagi mereka dalam kategori ini untuk mengelakkan komplikasi serius.

4. Hipertensi Krisis

  • Sistolik: Melebihi 180 mmHg
  • Diastolik: Melebihi 120 mmHg

Hipertensi krisis adalah keadaan kecemasan apabila sistolik melebihi 180 mmHg atau diastolik melebihi 120 mmHg.

Ini adalah bacaan darah tinggi yang sangat tinggi dan memerlukan perhatian perubatan segera. Hipertensi krisis boleh menyebabkan kerosakan organ yang cepat seperti kegagalan buah pinggang, pendarahan otak (strok), atau serangan jantung.

Gejala yang mungkin dialami termasuk sakit kepala yang terujk, sesak nafas, sakit dada, atau penglihatan kabur. Individu yang mengalami hipertensi krisis perlu mendapatkan rawatan kecemasan di hospital tanpa berlengah.

Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Periksa Tekanan Darah

Berikut kami kongsikan persediaan sebelum, semasa dan selepas pemeriksaan tekanan darah berpandukan rujukan dari American Heart Association Journals.

1. Persediaan Sebelum Periksa Tekanan Darah

Persediaan sebelum memeriksan tekanan darah adalah penting untuk memastikan bacaan yang tepat. Pertama, elakkan minuman berkafein, alkohol, atau merokok sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pemeriksaan kerana bahan-bahan ini boleh meningkatkan tekanan darah sementara.

Selain itu, pastikan anda tidak melakukan aktiviti berat seperti bersenam sebelum pemeriksaan kerana ia boleh mempengaruhi bacaan. Duduk dalam keadaan rehat selama 5-10 minit sebelum pemeriksaan, dengan kaki di lantai dan tidak bersilang.

Pastikan anda berada dalam persekitaran yang tenang dan elakkan berbual atau melakukan aktiviti yang boleh menimbulkan tekanan. Sekiranya anda menggunakan ubat tertentu, maklumkan kepada doktor atau jururawat, kerana sesetengah ubat boleh mempengaruhi tekanan darah.

2. Semasa Periksa Tekanan Darah

Semasa pemeriksaan, posisi badan yang betul adalah kunci kepada bacaan yang tepat. Duduk dengan punggung bersandar pada kerusi, dan pastikann lengan yang digunakan untuk pemeriksaan diletakkan pada paras jantung.

Jangan bercakap atau bergerak semasa pemeriksaan berlangsung kerana ia boleh menganggu bacaan. Jika anda menggunakan alat digital, pastikan cuff dipasang dengan betul dan sesuai dengan saiz lengan anda.

Sekiranya menggunakan alat manual, doktor atau jururawat akan memastikan cuff diisi udara sehingga tekanan mencukupi sebelum melepaskannya perlahan-lahan untuk mendapatkan bacaan sistolik dan diastolik.

Dalam sesetengah kes, bacaan mungkin dulang pada lengan lain untuk memastikan konsistensi.

3. Selepas Periksa Tekanan Darah

Selepas pemeriksaan, analisis bacaan yang diperoleh dengan bantuan doktor atau profesional kesihatan. Jika pemeriksaan dilakukan di rumah, catatkan bacaan dalam log tekanan darah untuk rujukan masa hadapan.

Bacaan tunggal biasanya tidak mencukupi untuk membuat diagnosis tekanan darah tinggi atau rendah. Oleh itu, disarankan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala, terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko seperti sejarah keluarga hipertensi atau gaya hidup yang tidak sihat.

Sebaliknya, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat tentang langkah susulan seperti perubahan gaya hidup atau rawatan.

Kepentingan Pemeriksaan Berkala

Pemeriksaan tekanan darah secara berkala amat penting, terutamanya bagi individu yang mempunyai risiko tinggi.

Dengan pemantauan yang kerap, sebarang perubahan dalam bacaan boleh dikesan lebih awal. membolehkan rawatan segera dimulakan. Kini, terdapat pelbagai alat tekanan darah digital yang mudah digunakan di rumah, membolehkan individu memantau tekanan darah sendiri.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bacaan darah tinggi adalah petunjuk penting tahap kesihatan kardiovaskular seseorang, dan memahami makna di sebalik bacaa tersebut adalah langkah utama dalam menjaga kesejahteraan tubuh.

Tekanan darah yang normal menunjukkan arteri yang sihat dan jantung yang berfungsi dengan baik, manakal hipertensi boleh menjadi “pembunuh senyap” yang membawa kepada komplikasi serius seperti strok, serangan jantung, dan kerosakan organ.

Melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala, individu dapat mengenal pasti perubahan dalam tekanan darah mereka lebih awal dan mengambil langkah pencegahan yang diperlukan. Selain itu, mengekalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, senaman berkala, pengurusan tekanan, dan mengelakkan tabiat buruk seperti merokok adalah kunci utama untuk mengawal tekanan darah.

Dengan pengetahuan yang mencukupi, langkah pencegahan yang proaktif, dan rawatan tepat pada masanya, risiko komplikasi dapat diminimumkan, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.

Ingatlah, kesihatan adalah aset yang paling berharga, dan memahami tekanan darah adalah salah satu cara terbaik untuk melindunginya.

Anda juga boleh baca informasi tentang darah tinggi di sini:

Similar Posts

Leave a Reply