9 Petua Kecutkan Buasir Secara Tradisional yang Mujarab
Apakah petua kecutkan buasir secara tradisional yang sesuai dan berkesan untuk anda amalkan di rumah?
Buasir merupakan masalah yang sering dialami oleh ramai orang, terutamanya golongan dewasa. Ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, sakit ketika membuang air besar, dan juga pendarahan.
Walaupun terdapat pelbagai rawatan moden, ramai yang masih memilih kaedah tradisional kerana ia lebih semula jadi, mudah diamalkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Artikel ini akan berkongsi 9 petua tradisional yang telah diamalkan sejak turun-temurun untuk membantu mengecutkan buasir dengan berkesan.
1. Kunyit

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga halia yang digunakan sebagai petua kecutkan buasir secara tradisional kerana mengandungi bahan aktif dikenali sebagai curcumin.
Menurut kajian dari National Center for Biotechnology Information, curcumin ini terkenal dengan sifat anti-radang, antivirus, dan antioksidan yang sangat membantu dalam mengecutkan buasir secara semula jadi.
Sifat anti-radang curcumin dapat mengurangkan bengkak pada salur darah di kawasan dubur yang menjadi punca utama buasir. Selain itu, ia juga membantu menghentikan pendarahan rektum serta melegakan rasa gatal dan sensitif yang biasa dialami oleh penghidap buasir.
Secara umumnya, pengambilan kunyit dalam kuantiti sederhana adalah selamat sama ada dimakan secara semula jadi atau digunakan secara luaran. Malah, kunyit serbuk yang digunakan secara sapuan pada buasir juga dianggap selamat untuk ibu hamil.
Namun begitu, pengambilan kunyit secara berlebihan terutamanya dalam bentuk pes atau suplemen boleh mendatangkan kesan sampingan seperti ruam kulit, sakit kepala, cirit birit, loya dan najis kekuningan.
Cara Guna Kunyit untuk Buasir:
A. Buat Pes Kunyit untuk Sapu pada Buasir:
- Ambil sedikit serbuk kunyit.
- Campurkan dengan jus bawang besar dan minyak biji sawi.
- Gaul hingga sebati menjadi pes.
- Sapukan pes ini pada buasir yang terkeluar secara luaran.
- Sapuan ini membantu mengecutkan salur darah yang bengkak, merawat luka dan melegakan kesakitan dengan cepat.
B. Air Kunyit untuk Rawatan Dalaman dan Luaran:
Air kunyit boleh membantu merawat buasir dengan dua cara:
1. Rawatan Luaran:
- Celup kapas bersih dalam air kunyit.
- Sapukan terus pada bahagian hujung usus yang terkeluar.
- Biarkan seketika sebelum dibersihkan. Ia membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria.
2. Rawatan Dalaman:
- Campurkan sedikit serbuk kunyit dengan air suam dan minum sebagai jus semula jadi.
- Ia bertindak dari dalam untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan buasir.
2. Bawang Putih

Bawang putih bukan sekadar bahan penambah rasa dalam masakan, tetapi juga dikenali sebagai petua kecutkan buasir secara tradisional.
Ini kerana bawang putih mempunyai sifat anti-radang yang kuat, yang berfungsi mengurangkan pembengkakan salur darah di kawasan dubur iaitu gejala utama buasir.
Selain itu, kesan antibiotik semula jadi dalam bawang putih membantu membunuh kuman yang boleh memburukkan lagi simptom buasir seperti jangkitan kegatalan.
Apabila disapur secara luaran, bawang putih boleh meningkatkan peredaran darah di kawasan yang terjejas, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan. Bawang putih juga mengandungi antioksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas dan sel-sel yang tidak normal, menjadikan kawasan buasir lebih cepat pulih.
Dalam masa yang sama, bawang putih turut merendahkan tekanan darah dengan cara mengendurkan salur darah, yang secara tidak langsung membantu mengurangkan tekanan ke atas buasir.
Cara Guna Bawang Putih untuk Buasir:
A. Makan Bawang Putih Mentah Bersama Susu:
- Ambil 1–2 ulas bawang putih mentah.
- Makan bersama segelas susu suam pada waktu malam.
- Cara ini membantu meningkatkan sistem penghadaman, melembutkan najis dan mengelakkan tekanan ketika membuang air besar, sekali gus membantu mengecutkan buasir dari dalam.
B. Gunakan Sebagai Suppositori (Rawatan Luaran):
- Ambil satu ulas bawang putih dan masukkan ke dalam dubur seperti supositori.
- Bawang putih bertindak terus di kawasan buasir untuk mengurangkan radang dan membunuh bakteria yang menyebabkan kegatalan dan jangkitan.
C. Sapu Air Perahan Bawang Putih:
- Tumbuk bawang putih dan campurkan sedikit air.
- Gunakan kapas atau jari bersih untuk sapu air perahan ini pada buasir yang terkeluar.
- Amalan ini secara konsisten dikatakan mampu mengecutkan buasir dan mengurangkan bengkak dengan berkesan.
D. Campuran Bawang Putih dan Minyak Kelapa:
- Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan minyak kelapa dara.
- Sapu campuran ini pada kawasan buasir setiap hari.
- Minyak kelapa dan bawang putih bertindak secara sinergi. Minyak melembapkan dan melembutkan najis, manakala bawang putih bertindak sebagai agen penyembuh dan anti-radang.
3. Serbuk Manjakani

Manjakani atau nama saintifiknya Quercus infectoria telah lama digunakan dalam perubatan tradisional, khususnya dalam rawatan kesihatan wanita.
Namun begitu, ia juga mempunyai manfaat tersembunyi sebagai petua kecutkan buasir secara tradisional. Ini kerana manjakani kaya dengan tannin, sejenis sebatian semula jadi yang bersifat anti-radang dan astringen.
Sifat astringen ini membantu mengecutkan tisu yang bengkak di sekitar dubur, sekali gus mengurangkan saiz buasir.
Selain itu, manjakani turut bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-jangkitan, yang penting untuk mencegah buasir daripada dijangkiti kuman dan menjadi lebih teruk.
Manjakani juga mempunyai kesan menegangkan dan menyembuhkan tisu dalaman , menjadikannya sesuai untuk digunakan pada kawasan yang mengalami luka akibat buasir.
Ia boleh membantu menghentikan pendarahan kecil dan mempercepatkan proses pemulihan tisu.
Cara Guna Serbuk Manjakani untuk Buasir:
A. Cara Menggunakan Buah Manjakani:
- Ambil beberapa biji buah manjakani kering.
- Rendam dalam sedikit air untuk melembutkannya – tidak perlu terlalu lama.
- Setelah lembut, asah buah tersebut pada lesung batu atau permukaan kasar sehingga keluar serpihan atau hampas.
- Ambil serpihan tersebut dan sapukan terus pada buasir yang terkeluar.
- Kaedah ini membantu mengecutkan tisu buasir, melegakan bengkak dan mengurangkan kesakitan secara semula jadi.
B. Cara Menggunakan Serbuk Manjakani:
- Ambil serbuk manjakani yang boleh dibeli di pasaran atau dikisar sendiri.
- Campurkan dengan sedikit air sehingga membentuk pes lembap.
- Sapu pes ini pada kawasan buasir secara konsisten, sebaiknya selepas mandi atau sebelum tidur.
- Serbuk manjakani menyerap kelembapan berlebihan, mengecutkan salur darah bengkak, dan membantu mempercepatkan penyembuhan.
4. Minyak Badam

Petua kecutkan buasir secara tradisional yang berikutnya adalah menggunakan minyak badam.
Minyak badam bersifat emolien dan mampu menyerap ke dalam tisu secara mendalam.
Apabila digunakan secara sapuan, minyak badam bertindak melembapkan kawasan dubur yang terjejas, sekali gus membantu mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan yang sering dialami oleh penghidap buasir.
Ia juga mampu menenangkan kulit yang sensitif dan mengurangkan iritasi akibat geseran atau luka kecil di sekitar kawasan buasir.
Cara Guna Minyak Badam untuk Buasir:
Kaedah ini boleh diulang beberapa kali sehari bagi memberikan kelegaan yang konsisten dan mempercepatkan proses penyembuhan.
- Titiskan beberapa titik minyak badam ke dalam mangkuk keciL.
- Kemudian ambil bola kapas atau kain bersih dan rendamkannya ke dalam minyak tersebut.
- Seterusnya, sapukan kapas atau kain itu pada kawasan buasir yang sakit.
5. Uncang Teh Hitam
Uncang teh hitam boleh digunakan sebagai salah satu petua kecutkan buasir secara tradisional, terutamanya disebabkan oleh kandungan tannin di dalamnya.
Tannin berfungsi sebagai astringen semula jadi yang membantu mengecutkan tisu yang bengkak serta mengurangkan keradangan pada kawasan buasir.
Selain itu, teh hitam juga mengandungi asid tannik yang membantu menghentikan pendarahan ringan dan memberi kesan menenangkan pada kawasan yang sakit.
Namun begitu, perlu diingat bahawa teh hitam mengandungi kafein, dan jika diambil secara berlebihan sebagai minuman, ia boleh menyebabkan sembelit, yang mungkin memburukkan lagi keadaan buasir.
Cara Guna Uncang Teh Hitam untuk Buasir:
Petua kecutkan buasir secara tradisional ini sesuai digunakan bagi penghidap buasir luaran yang ingin mendapatkan kelegaan secara semula jadi tanpa bahan kimia.
- Ambil secawan air panas dan rendamkan satu uncang teh hitam ke dalamnya.
- Biarkan selama beberapa minit sehingga kandungan teh larut sepenuhnya.
- Keluarkan uncang dan tunggu sehingga ia menjadi suam, bukan panas.
- Letakkan uncang teh suam tersebut terus pada kawasan buasir yang sakit.
- Biarkan selama 10–15 minit untuk kesan maksimum.
- Ulang proses ini 2–3 kali sehari bagi membantu mengecutkan buasir dan melegakan simptom seperti bengkak, pedih dan gatal.
6. Minyak Zaitun

Kajian dari National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa, minyak zaitun kaya dengan sifat antioksidan dan antiradang, yang berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan keradangan pada salur darah di sekitar dubur.
Selain itu, minyak zaitun juga membantu meningkatkan keanjalan salur darah, menjadikannya lebih fleksibel dan kurang terdedah kepada kerosakan atau pembengkakan.
Dengan pengurangan keradangan dan peningkatan keanjalan ini, saiz buasir yang bengkak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan.
Minyak zaitun digunakan secara sapuan luar, dan sangat sesuai sebagai petua kecutkan buasir secara tradisional khususnya buasir yang terkeluar.
Sifat pelembapnya juga membantu melegakan kegatalan, pedih dan kekeringan kulit yang sering berlaku pada penghidap buasir.
Cara Guna Minyak Zaitun untuk Buasir:
A. Pengambilan Secara Dalaman:
- Ambil 1 sudu teh minyak zaitun setiap hari, sama ada semasa perut kosong atau bersama makanan.
- Lemak mono tak tepu dalam minyak zaitun membantu melancarkan sistem penghadaman dan melunakkan najis, sekali gus mengurangkan tekanan semasa membuang air besar yang sering memburukkan keadaan buasir.
B. Penggunaan Secara Luaran:
- Tumbuk daun plum sehingga lumat dan perah jusnya.
- Campurkan jus daun plum tersebut ke dalam minyak zaitun secukupnya.
- Gaul hingga sebati, kemudian sapu campuran ini pada kawasan buasir yang bengkak.
- Biarkan selama beberapa minit sebelum dibersihkan.
- Campuran ini membantu mengurangkan rasa sakit, bengkak dan radang, serta memberi kelegaan segera pada buasir luaran.
7. Aloe Vera

Aloe vera atau lidah buaya terkenal dengan kesan penenang semula jadinya, yang sering digunakan untuk merawat jangkitan kulit, luka terbakar, dan iritasi.
Dalam petua kecutkan buasir secara tradisional, aloe vera amat bermanfaat kerana mengandungi sifat anti-radang, antiseptik dan penyembuh luka yang membantu mengecutkan buasir dengan berkesan.
Berdasarkan kajian dari Iranian Journal of Medical Sciences, gel aloe vera mengandungi kira-kira 1% glikoprotein yang membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan, serta polisakarida dan 99% kandungan air yang membantu menyembuhkan kulit dan mencegah jangkitan di kawasan dubur.
Apabila disapu terus pada buasir, gel aloe vera memberikan rasa sejuk dan lega, sekaligus mengurangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
Cara Guna Aloe Vera untuk Buasir:
A. Cara Guna Gel Aloe Vera (Sapuan Luaran):
- Cuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas menggunakan gel.
- Jika menggunakan daun aloe vera segar, belah daun dan ambil gelnya, kemudian simpan dalam bekas bersih.
- (Pilihan) Campurkan 2–3 titis minyak lavender untuk kesan lebih menenangkan (dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu).
- Pakai sarung tangan bersih (jika ada), sapukan gel pada kawasan buasir yang terjejas dan urut perlahan-lahan.
- Biarkan selama 15–20 minit, kemudian cuci dan lap kering dengan kain kapas yang lembut. Elakkan menggosok atau menyental.
- Ulangi 2–3 kali sehari untuk kesan terbaik.
- Anda juga boleh mendapatkan krim atau gel aloe vera komersial dari farmasi. Pastikan anda bertanya kepada ahli farmasi atau doktor mengenai jenama yang sesuai.
B. Cara Minum Jus Aloe Vera (Rawatan Dalaman):
- Ambil 1 sudu besar gel aloe vera, sebiji epal hijau, dan 100ml air.
- Kisar kesemua bahan, kemudian rebus dan biarkan sejuk.
- Jangan simpan dalam peti sejuk—minum setiap pagi pada suhu bilik.
- Jus aloe vera melancarkan sistem penghadaman, mencegah sembelit dan mengurangkan keradangan, sekali gus membantu mengecutkan buasir dari dalam. Ia sangat berkesan untuk buasir tahap awal (gred 1).
C. Cara Buat Suppositori Aloe Vera:
- Kupas daun aloe vera dan ambil gelnya, masukkan ke dalam bekas bersih.
- Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati.
- Simpan campuran tersebut dalam bekas kedap udara dan bekukan.
- Apabila beku, cairkan sedikit dan gunakan sebagai supositori (dimaksudkan untuk dimasukkan ke dalam dubur).
- Setelah digunakan, duduk atau baring dalam masa yang lama supaya gel dapat menyerap dan memberi kesan.
- Kaedah ini sesuai untuk yang mengalami buasir dalaman, kerana ia membantu menyampaikan bahan aktif aloe vera terus ke kawasan bermasalah.
8. Minyak Kelapa Dara
Petua kecutkan buasir secara tradisional yang seterusnya adalah minyak kelapa dara. Kandungan dalam minyak ini mengandungi pelbagai sifat penyembuhan dan perlindungan yang sesuai untuk kawasan dubur yang sensitif.
Minyak ini mempunyai sifat anti-radang yang kuat yang membantu mengurangkan bengkak dan keradangan pada salur darah buasir, serta sifat analgesik semula jadi yang dapat melegakan rasa sakit, pedih dan tidak selesa yang biasa dialami ketika buasir.
Selain itu, minyak kelapa dara juga bersifat antibakteria dan antikulat, menjadikannya sangat berguna untuk mencegah jangkitan dan mempercepatkan proses pemulihan luka kecil atau pendarahan di kawasan buasir.
Lebih menarik, minyak kelapa dara turut mempunyai kesan pelawas ringan, membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengatasi sembelit, iaitu salah satu punca utama buasir.
Cara Guna Minyak Kelapa Dara untuk Buasir:
A. Campuran Minyak Kelapa Dara dan Witch Hazel
- Witch hazel ialah astringen semula jadi yang membantu menyekat kelembapan di kawasan buasir dan mengurangkan bengkak.
- Campurkan minyak kelapa dara dengan witch hazel, kemudian sapukan campuran ini pada kawasan buasir.
- Kaedah ini membantu melegakan kesakitan dan iritasi, dua simptom utama buasir
B. Suppositori Minyak Kelapa Dara (Kaedah Sejuk Beku)
- Bentukkan minyak kelapa dara dalam bentuk silinder kecil sebesar pensel dan bekukan di dalam peti sejuk.
- Bila berlaku keradangan, masukkan silinder minyak kelapa yang beku ke dalam dubur sebagai suppositori.
- Kesan sejuk dan kandungan penyembuh dalam minyak membantu mengecutkan buasir dalaman dengan cepat.
C. Campuran Minyak Kelapa Dara dan Bawang Putih
- Tumbuk beberapa ulas bawang putih menjadi pes, campurkan dengan minyak kelapa dara dan gaul rata.
- Bekukan selama 15 minit, kemudian sapu pada buasir.
- Kombinasi ini bertindak membunuh bakteria, mengurangkan jangkitan dan menenangkan kawasan bengkak.
D. Campurkan dalam Air Mandian
- Tambah ¼ hingga ½ cawan minyak kelapa dara ke dalam air mandian suam.
- Berendam selama 15–20 minit untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak secara menyeluruh.
- Boleh diamalkan setiap hari untuk kesan berterusan.
E. Gunakan Minyak Kelapa Dara Organik
- Gunakan minyak kelapa dara asli yang diperbuat daripada kelapa segar, yang berbentuk pepejal pada suhu bilik.
- Kaya dengan asid lemak rantaian sederhana, serat, vitamin dan mineral, ia membantu meningkatkan kesihatan usus, mencegah sembelit dan mengelakkan buasir berulang.
F. Campuran Minyak Kelapa Dara dan Kunyit
- Campurkan 1 sudu besar minyak kelapa dara dengan sedikit serbuk kunyit hingga menjadi pes.
- Sapu pes ini 3–4 kali sehari pada kawasan buasir.
- Kunyit bertindak sebagai anti-radang dan penyembuh luka, manakala minyak kelapa membantu melembap dan melawan jangkitan.
9. Air Rebusan Daun Sirih

Daun sirih, atau nama saintifiknya Piper betle, merupakan tanaman herba menjalar yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk pelbagai tujuan kesihatan, termasuklah dalam usaha mengecutkan buasir secara semula jadi.
Daun sirih kaya dengan kandungan antiseptik dan eugenol, iaitu sebatian bersifat antibakteria dan antikulat yang membantu menghalang pembiakan kuman di kawasan kulit yang terjejas, termasuk kawasan sekitar dubur yang bengkak akibat buasir.
Menurut National Center for Biotechnology Information, sifat penyejuk semula jadi dalam daun sirih juga mampu meredakan rasa pedih, bengkak dan kegatalan, sekali gus memberi kelegaan kepada penghidap buasir luaran.
Dalam konteks rawatan buasir, penggunaan daun sirih secara tradisional dipercayai dapat membersih dan menyembuhkan luka kecil, serta mengecutkan tisu buasir dengan lebih cepat.
Ia juga membantu menenangkan kulit sensitif di sekitar kawasan dubur, menjadikan penggunaannya sesuai untuk kegunaan harian, terutamanya selepas membuang air besar.
Cara Guna Air Rebusan Daun Sirih untuk Buasir:
Salah satu cara paling mudah dan berkesan ialah dengan menggunakan air rebusan daun sirih.
- Ambil 7 hingga 10 helai daun sirih segar, cuci bersih.
- Rebus daun sirih dalam air bersih sebanyak 1–2 liter selama lebih kurang 10–15 minit.
- Setelah mendidih dan air menjadi kekuningan, angkat dan biarkan suam.
- Gunakan air rebusan ini untuk mencuci kawasan dubur yang terkena buasir, terutamanya selepas membuang air besar.
- Boleh juga digunakan untuk merendam kawasan dubur selama 10–15 minit bagi membantu meredakan bengkak dan rasa pedih.
- Amalkan kaedah ini 1–2 kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
Kesimpulan
Kesimpulannya, rawatan buasir tidak semestinya memerlukan ubat hospital atau pembedahan.
Dengan mengamalkan petua kecutkan buasir secara tradisional ini secara konsisten, ramai yang berjaya mengurangkan simptom dan mengecutkan buasir dengan lebih selesa dan selamat.
Namun, jika masalah buasir berlarutan atau menjadi semakin teruk, sebaiknya dapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang lebih sesuai. Kesihatan usus adalah keutamaan jadi jangan abaikan.
Berikut adalah antara petua kecutkan buasir secara tradisional yang boleh anda cuba:
- Kunyit
- Bawang Putih
- Serbuk Manjakani
- Minyak Badam
- Uncang Teh Hitam
- Minyak Zaitun
- Aloe Vera
- Minyak Kelapa Dara
- Air Rebusan Daun Sirih
Anda boleh baca tentang artikel buasir yang lain di sini:

