21 Cara Nak Kecutkan Buasir Luar Tanpa Perlu Pembedahan
Cara nak kecutkan buasir luar tanpa perlu melalui pembedahan menjadi pilihan utama bagi ramai yang ingin merawat masalah ini dengan lebih selesa dan semula jadi.
Buasir luar berlaku apabila salur darah di bahagian luar dubur membengkak, menyebabkan rasa sakit, gatal, dan kadangkala pendarahan. Ia sering menjadi jenis buasir yang paling ketara kerana boleh dilihat dan dirasai.
Dalam sesetengah kes, buasir luar boleh membentuk bekuan darah (thrombus), menjadikannya lebih menyakitkan dan sukar untuk menjalani aktiviti harian.
Walaupun pembedahan mungkin disarankan untuk kes yang teruk, sebenarnya terdapat pelbagai cara nak kecutkan buasir luar secara berperingkat dan selamat tanpa pembedahan.
1. Amalkan Diet Tinggi Serat

Pengambilan makanan yang tinggi serat berkesan sebagai cara nak kecutkan buasir luar.
Menurut World Journal of Gastroenterology, serat membantu melancarkan pergerakan usus dengan melembutkan najis, sekaligus mengurangkan tekanan ketika membuang air besar.
Ini sangat penting kerana tekanan berlebihan semasa meneran boleh menyebabkan urat di kawasan dubur membengkak dan memburukkan keadaan buasir.
Makanan kaya serat termasuk buah-buahan seperti epal, betik, pir dan prun, serta sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.
Selain itu, bijiran penuh seperti seperti oat, roti gandum penuh, dan kekacang juga sangat membantu.
2. Minum Air Secukupnya Setiap Hari

Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar dikeluarkan, yang seterusnya meningkatkan risiko sembelit dan memburukkan buasir.
Oleh itu, penting untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dengan mengambil sekurang-kurangnya dua liter cecair setiap hari. Sebahagian daripada cecair ini boleh datang daripada makanan, namun air kosong tetap pilihan utama.
Air membantu melembutkan najis dan menjadikannya lebih mudah untuk disingkirkan tanpa perlu meneran.
Menurut National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases, ini saatnya untuk anda tinggalkan tabiat minum minuman tinggi kafein dan beralkohol kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan merangsang sembelit.
3. Guna Suplemen Serat atau Laksatif Ringan Jika Perlu
Bagi individu yang sukar mendapatkan cukup serat daripada pemakanan harian, suplemen serat boleh menjadi alternatif yang baik.
Produk seperti psyllium husk (contohnya Fybogel), bran, atau laksatif pukal seperti Movicol berfungsi untuk menambah isipadu najis dan menjadikannya lebih lembut.
Ini akan mengurangkan keperluan meneran semasa membuang air besar. Dalam kes tertentu, doktor juga mungkin mengesyorkan laksatif perangsang seperi Senna, namun penggunaannya perlulah mengikut dos yang disyorkan dan tidak berpanjangan.
Pengambilan suplemen serat perlu disertakan dengan air yang mencukupi bagi mengelakkan najis menjadi lebih keras.
4. Elakkan Ubat Tahan Sakit yang Mengandungi Codeine
Menurut Guts UK, ubat penahan sakit yang mengandungi codeine seperti Co-codamol dan Tramadol boleh memperlahankan pergerakan usus dan menyebabkan sembelit.
Ini akan menjadikan buasir lebih sukar untuk pulih dan lebih menyakitkan. Oleh itu, elakkan penggunaan ubat jenis ini jika anda sedang mengalami buasir.
Sebaliknya, ubat seperti paracetamol atau ibuprofen boleh diambil kerana ia tidak mengganggu sistem penghadaman dan membantu mengurangkan keradangan serta kesakitan dengan lebih selamat.
Sentiasa rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat tahan sakit jangka panjang.
5. Latih Tabiat Ke Tandas yang Betul

Menangguhkan keinginan untuk membuang air besar boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras di dalam usus, menjadikannya lebih sukar dan menyakitkan untuk dikeluarkan.
Oleh itu, penting untuk ke tandas secepat mungkin apabila anda rasa ingin membuang. Selain itu, elakkan duduk terlalu lama di tandas kerana ia boleh meningkatkan tekanan ke atas vena di kawasan dubur.
Tabiat suka membaca atau menggunakan telefon semasa di tandas juga perlu dielakkan kerana ini akan melambatkan proses membuang dan mendorong anda untuk meneran.
6. Amalkan Sitz Bath

Kajian dari Journal of Gastrointestinal Surgery mendapati, rendam punggung dalam air suam, atau dikenali sebagai sitz bath, adalah salah satu cara nak kecutkan buasir luar yang berkesan.
Kaedah ini membantu meningkatkan aliran darah di kawasan dubur, mengurangkan keradangan, dan melegakan rasa sakit serta gatal.
Cara nak kecutkan buasir luar dengan sitz bath mudah sahaja. Sediakan air suam dalam besen atau tab mandi dan duduk dalam air tersebut selama 15 hingga 20 minit, 2 hingga 3 kali sehari.
Untuk kesan tambahan, anda boleh campurkan sedikit garam Epsom ke dalam air kerana ia membantu mengurangkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan.
Kaedah ini sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin yang mengalami buasir luar, atau sesiapa sahaja yang mencari kelegaan semula jadi tanpa ubat.
7. Gunakan Krim, Salap atau Suppositori
Produk topikal seperti krim dan salap buasir banyak tersedia di farmasi dan boleh dijadikan cara nak kecutkan buasir luar.
Krim penenang biasa boleh membantu mengurangkan kegatalan, pedih dan iritasi. Untuk kesakitan yang lebih kuat, anda boleh gunakan krim yang mengandungi anestetik tempatan tetapi ia hanya sesuai digunakan selama 5 hingga 7 hari bagi mengelakkan iritasi kulit.
Jika terdapat tanda-tanda radang yang ketar, doktor mungkin akan mencadangkan krim steroid seperti hydrocortisone untuk mengurangkan bengkak.
Untuk buasir yang lebih dalam, suppositori (ubat yang dimasukkan ke dalam dubur) boleh digunakan kerana ia larut dan merawat dari dalam.
Semua produk ini harus digunakan mengikut arahan dan tidak melebihi tempoh yang disarankan.
8. Aloe Vera

Aloe vera terkenal dengan sifat anti-radang dan penyejuk semula jadinya. Menurut kajian dari Journal of Natural Remedies, gel aloe vera boleh disapu terus ke kawasan buasir luar untuk melegakan kesakitan, kegatalan, dan pembengkakan.
Ia membantu mengecutkan buasir dengan mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit.
Gunakan gel aloe vera tulen yang diambil terus dari daun atau beli gel yang bebas bahan kimia tambahan.
9. Witch Hazel

Menurut National Center for Biotechnology Information, witch hazel adalah astringen semula jadi yang membantu mengecutkan salur darah dan tisu bengkak pada buasir.
Ia juga boleh mengurangkan rasa gatal, iritasi, dan kemerahan di kawasan dubur. Untuk menggunakannya, rendam kapas bersih dengan witch hazel dan sapukan secara lembut ke kawasan terlibat beberapa kali sehari.
Pastikan anda menggunakan witch hazel tanpa alkohol bagi mengelakkan kekeringan atau iritasi kulit.
10. Cuka Epal

Cuka epal mempunyai ciri anti-radang dan antiseptik yang dipercayai dapat membantu mengurangkan bengkak dan memperbaiki aliran darah di kawasan buasir.
Cara penggunaannya ialah dengan mencairkan cuka epal dalam nisbah 1:1 dengan air, kemudian sapukan pada buasir menggunakan kapas bersih.
Penting untuk mencairkan cuka epal terlebih dahulu, kerana penggunaan terus boleh menyebabkan rasa pedih atau iritasi pada kulit sensitif di kawasan dubur.
11. Tuam Ais di Kawasan Buasir
Meletakkan ais pek di kawasan buasir juga boleh dijadikan cara nak kecutkan buasir luar.
Kajian dari Journal of Rehabilitation Medicine mendapati bahawa, ais membantu menyempitkan salur darah, seterusnya mengurangkan saiz buasir buat sementara waktu.
Balut beberapa ketul ais dengan kain bersih dan letakkan di kawasan yang terjejas selama 10 hingga 15 minit. Ulang beberapa kali sehari jika perlu.
Kaedah ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami buasir luar yang berdenyut atau menyebabkan kesukaran untuk duduk.
12. Kekalkan Aktiviti Fizikal dan Bersenam Ringan

Senaman ringan seperti berjalan, berenang, atau berbasikal dapat membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih lancar dan mengelakkan sembelit.
Elakkan aktiviti berat seperti angkat beban yang boleh menambah tekanan pada kawasan dubur.
Jika anda bekerja di meja sepanjang hari, cuba bangun dan berjalan sekurang-kurangnya setiap 30 minit untuk mengurangkan tekanan pada salur darah di kawasan punggung.
13. Elakkan Duduk Terlalu Lama

Salah satu punca utama buasir luar menjadi lebih teruk adalah duduk terlalu lama, terutama di atas permukaan keras.
Tekanan berterusan pada kawasan dubur boleh menyebabkan buasir membengkak dan lebih menyakitkan.
Jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk lama, cara nak kecutkan buasir luar adalah dengan menggunakan bantal khas berbentuk donut (doughnut cushion) atau bangun dan regangkan badan setiap jam.
14. Pakai Pakaian Longgar

Memakai pakaian longgar dan dibuat daripada fabrik bernafas seperti kapas membantu mengurangkan geseran dan kelembapan yang boleh memburukkan buasir.
Pakaian ketat, terutamanya seluar dalam daripada bahan sintetik seperti nilon atau polister, boleh memerangkap haba dan peluh di kawasan dubur.
Ini mewujudkan persekitaran lembap yang mudah menyebabkan kegatalan, iritasi kulit, malah jangkitan kulat. Pilih pakaian dalam jenis kapas dan elakkan memakai pakaian ketat dalam tempoh lama.
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan seluar dalam khas yang cepat kering dan hypoallergenic jika kulit anda mudah sensitif.
15. Rawatan Banding (Rubber Band Ligation)

Rawatan banding merupakan salah satu prosedur klinikal paling popular untuk merawat buasir, khususnya buasir dalaman tahap 1 hingga 3, tetapi dalam beberapa kes ia juga membantu melegakan buasir luar yang berkait.
Dalam prosedur ini, doktor akan menggunakan alat khas untuk meletakkan satu atau dua gelang getah kecil pada pangkal buasir.
Menurut National Center for Biotechnology Information, gelang ini akan menghentikan aliran darah ke buasir, menyebabkan tisu buasir itu mengecut dan gugur dengan sendirinya selepas beberapa hari.
Kawasan tersebut kemudiannya akan sembuh dengan tisu parut, yang membantu mencegah buasir dari berulang.
Prosedur ini biasanya tidak menyakitkan kerana dilakukan pada kawasan yang kurang sensitif, namun ada sesetengah pesakit yang mengalami ketidakselesaan atau pendarahan ringan beberapa hari selepas rawatan.
Dalam lebih 80% kes, banding berjaya mengecutkan buasir tanpa perlu pembedahan.
16. Sclerotherapy
Menurut National Center for Biotechnology Information, sclerotherapy adalah satu lagi kaedah rawatan klinikal tanpa pembedahan yang melibatkan suntikan bahan kimia khas ke dalam atau sekitar buasir.
Cecair ini akan menyebabkan saluran darah mengecut dan akhirnya buasir menjadi kecil dan kering. Rawatan ini biasanya digunakan untuk buasir tahap awal atau sebagai alternatif kepada banding jika pesakit tidak sesuai untuk prosedur tersebut.
Kelebihannya ialah ia cepat, tidak memerlukan bius, dan pesakit boleh kembali ke rutin harian dengan segera.
Namun, kesan sampingan seperti rasa pedih atau reaksi alahan terhadap bahan kimia yang disuntik boleh berlaku, walaupun jarang. Dalam sesetengah kes, buasir boleh muncul semula dan mungkin memerlukan rawatan ulangan.
17. Rawatan HET™ (Hemorrhoid Energy Therapy)
HET™ bipolar system merupakan teknologi rawatan buasir terkini yang tidak memerlukan pembedahan, bius umum atau pemulihan yang lama.
Ia menggunakan gelombang haba (tenaga bipolar) untuk menutup saluran darah pada buasir secara selektif, tanpa merosakkan tisu sekitarnya.
Prosedur ini sangat sesuai untuk pesakit yang mengalami buasir berdarah yang berulang, dan juga bagi mereka yang tidak mahu menjalani prosedur invasif.
Kebanyakan pesakit pulih dengan cepat dan boleh kembali bekerja dalam masa 24 jam.
Namun begitu, rawatan ini hanya tersedia di pusat perubatan tertentu dan mungkin memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding kaedah konvensional.
18. Penggunaan Ubat Oral
Bagi merawat buasir dari aspek simptom, beberapa jenis ubat oral boleh membantu. Contohnya, paracetamol sering digunakan untuk melegakan kesakitan ringan tanpa memberi kesan kepada sistem penghadaman.
Ibuprofen, sejenis ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), bukan sahaja melegakan kesakitan tetapi juga membantu mengurangkan bengkak buasir.
Namun, ubat seperti codeine, walaupun kuat sebagai penahan sakit, harus dielakkan kerana ia boleh menyebabkan sembelit yang akan memburukkan buasir.
Jika sembelit adalah masalah utama, doktor boleh menetapkan laksatif seperti Lactulose atau Fybogel untuk membantu melancarkan najis dan memudahkan pembuangan air besar, sekaligus mengurangkan tekanan pada buasir.
19. Menjaga Berat Badan yang Sihat

Kajian dari National Center for Biotechnology Information, obesiti atau berat badan berlebihan boleh memberi tekanan tambahan kepada bahagian bawah badan, khususnya kawasan pelvis dan dubur.
Tekanan ini boleh menyebabkan urat darah di sekitar dubur menjadi bengkak dan seterusnya membentu buasir.
Selain itu, individu yang obes juga cenderung untuk kurang aktif secara fizikal, yang boleh melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan risiko sembelit.
Oleh itu, menurunkan berat badan ke tahap yang sihat melalui pemakanan seimbang dan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang atau berbasikal bukan sahaja membantu mengurangkan risiko buasir, malah meningkatkan kesihatan keseluruhan sistem penghadaman.
20. Keringkan Kawasan Dubur dengan Baik
Selepas mandi, membuang air besar, atau menggunakan sitz bath, penting untuk memastikan kawasan dubur dikeringkan dengan betul.
Gunakan tuala bersih dan lembut untuk mengelap kawasan tersebut secara perlahan-lahan.
Alternatif lain ialah menggunakan pengering rambut pada tetapan sejuk untuk memastikan kawasan tersebut betul-betul kering tanpa perlu sentuhan langsung.
Kelembapan yang berterusan di kawasan dubur boleh menyebabkan iritasi berpanjangan, lambat pulih, dan meningkatkan risiko jangkitan kulit seperti ruam atau kulat.
21. Mengurangkan Makanan Pedas, Berlemak dan Kurang Serat
Cara nak kecutkan buasir luar yang terakhir adalah dengan mengurangkan makanan pedas, berlemak dan kurang serat.
Hal ini kerana, makanan pedas boleh merangsang lapisan usus dan menyebabkan iritasi pada kawasan dubur, terutamanya semasa membuang air besar.
Begitu juga dengan makanan berlemak dan bergoreng yang mengambil masa lebih lama untuk dihadam, yang seterusnya melambatkan pergerakan najis dan boleh menyebabkan sembelit.
Makanan kurang serat pula menjadikan najis keras dan sukar dikeluarkan, meningkatkan risiko tekanan berlebihan semasa membuang air besar.
Oleh itu, penting untuk mengurangkan pengambilan makanan seperti cili, sambal, daging berlemak, makanan segera, serta roti putih atau nasi putih yang rendah serat.
Sebaliknya, tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan segar, dan bijirin penuh untuk memastikan pergerakan usus yang lancar dan konsisten.
Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah buasir luar akan surut dengan sendirinya tanpa memerlukan pembedahan, terutama jika dirawat dengan betul dan perubahan gaya hidup diamalkan secara konsisten.
Namun begitu, jika buasir luar menjadi sangat menyakitkan atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pilihan rawatan lanjut.
Berikut adalah cara nak kecutkan buasir luar yang boleh anda praktikkan di rumah:
- Amalkan Diet Tinggi Serat
- Minum Air Secukupnya Setiap Hari
- Guna Suplemen Serat atau Laksatif Ringan Jika Perlu
- Elakkan Ubat Tahan Sakit yang Mengandungi Codeine
- Latih Tabiat Ke Tandas yang Betul
- Amalkan Sitz Bath
- Gunakan Krim, Salap atau Suppositori
- Aloe Vera
- Witch Hazel
- Cuka Epal
- Tuam Ais di Kawasan Buasir
- Kekalkan Aktiviti Fizikal dan Bersenam Ringan
- Elakkan Duduk Terlalu Lama
- Pakai Pakaian Longgar
- Rawatan Banding (Rubber Band Ligation)
- Sclerotherapy
- Rawatan HET™ (Hemorrhoid Energy Therapy)
- Penggunaan Ubat Oral
- Mengekalkan Berat Badan yang Sihat
- Keringkan Kawasan Dubur dengan Baik
- Mengurangkan Makanan Pedas, Berlemak dan Kurang Serat
Anda boleh baca tentang artikel buasir yang lain di sini: