15 Punca Kulit Kepala Berkerak dan Cara Merawat yang Berkesan

Adakah anda mengalami kulit kepala berkerak? Artikel ini bincang tentang:

  • Punca kuli kepala berkerak
  • Cara merawat kulit kepala berkerak

Kulit kepala berkerak boleh disebabkan beberapa faktor seperti dermatitis kontak, dermatitis seborrheic, kurap dan kutu rambut. Ketahui punca kulit kepala berkerak supaya anda dapat merawatnya dengan betul. Jika masalah kulit kepala berkerak masih berlarutan, dapatkan bantuan pakar sebelum keadaan menjadi lebih teruk. 

Mari ketahui lebih lanjut 15 punca kulit kepala berkerak dan cara merawat yang berkesan!

Kulit Kepala Berkerak

1. Dermatitis seborrheic

Dermatitis seborrheic juga dikenali sebagai kelemumur iaitu sejenis ekzema yang kronik.

Kulit kepala anda boleh kelihatan seperti kemerahan dan seakan-akan bersisik. Kudis yang tebal boleh menjadi gatal dan sangat tidak selesa. Tompok-tompok kulit berkerak biasanya berwarna putih atau kuning dan boleh melekat pada batang rambut.

Keradangan dermatitis seborrheic boleh menyebabkan ia merebak ke muka, leher, dan belakang telinga anda. Dalam kes yang teruk, ia juga boleh merebak ke seluruh badan anda.

Kajian menunjukkan dermatitis seborrheic secara ciri menunjukkan follikulosentrik berwarna salmon dan plak bersisik putih halus, dan kerak kekuningan yang sering digambarkan sebagai kerak sisik berminyak. 


Cara merawat: Syampu berubat dan salap topikal yang dirumus untuk merawat kelemumur. Antara bahan-bahan yang penting yang perlu ada di dalam syampu adalah selenium sulfida, asid salisilik dan zink pyrithione.

Jika kulit kepala anda tidak ada apa-apa perubahan yang baik, anda boleh cuba syampu preskripsi seperti syampu yang mengandungi ketoconazole.

Harus diingatkan bahan-bahan ini mempunyai kesan sampingan seperti iritasi, kegatalan dan perubahan pada tekstur rambut. Laporkan sebarang masalah kepada doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan bantuan.

2. Kurap kulit kepala

Jangkitan kurap kulit kepala mungkin bermula sebagai benjolan kecil pada kulit kepala yang gatal. Menggaru kulit kepala disebabkan jangkitan kulit boleh menyebabkan kudis.

Benjolan secara beransur-ansur  akan mengembang membentuk bulatan besar dengan bahagian dalam yang kelihatan normal dikelilingi oleh sempadan merah. Rambut di dalam kawasan kurap mungkin menjadi rapuh dan mudah putus lalu meninggalkan tompok botak.

Jarang orang dewasa mendapat kurap kulit kepala, tetapi ia berlaku.

Cara merawat: Kajian menunjukkan keadaan ini hanya boleh dirawat dengan dengan antibiotik, yang perlu diambil selama satu hingga tiga bulan.

3. Dermatitis kontak

Dermatitis kontak ialah ruam merah yang gatal yang disebabkan oleh sentuhan langsung dengan perengsa atau alergen. Ruam boleh berada di mana-mana di badan anda, termasuk kulit kepala. Ruam itu sendiri tidak melibatkan kudis, tetapi menggaru boleh menyebabkannya, serta luka terbuka.

Terdapat banyak produk mengandungi wangian dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan dermatitis kontak seperti produk penggayaan rambut, pewarna rambut, syampu dan sabun. 

Kajian pesakit dermatitis kontak mungkin mengaitkan gejala mereka dengan penggunaan syampu atau pewarna rambut baharu, pelbagai produk kosmetik, rawatan keratin atau rawatan rambut lain. Selain itu, pesakit mungkin mengalami gangguan rambut sedia ada bersamaan yang menyebabkan iritasi pada kulit kepala. Dermatitis kontak kulit kepala boleh hadir dalam kulit kepala yang sihat atau berkaitan dengan keadaan kulit kepala yang sedia ada.

Cara merawat: Dermatitis kontak pada kebiasaanya boleh sembuh dengan sendirinya, tetapi anda harus berbincang dengan doktor jika kulit kepala terasa semakin pedih atau kelihatan merebak ke kawasan kulit kepala yang lain. 

4. Psoriasis kulit kepala

Punca Kulit Kepala Berkerak psoriasis

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit yang boleh menjejaskan bahagian badan anda yang lain. Ia boleh menyebabkan kudis tebal berwarna kelabu perak pada kulit putih atau tompok gelap dengan sisik kelabu pada kulit coklat atau hitam di seluruh kulit kepala.

Psoriasis selalunya terdapat pada siku, lutut, batang tubuh, dan kulit kepala. Flare-up cenderung berada di tempat yang sama.  

Cara merawat: Kes ringan dapat dirawat menggunakan syampu berubat yang dirumus untuk merawat kulit kepala dan mengurangkan kegatalan. Bahan-bahan yang perlu dicari dalam syampu berubat  termasuk asid salisilik dan tar.

Jika keadaan anda mungkin memerlukan steroid topikal atau suntikan daripada doktor.

Ada kajian yang menunjukkan gabungan dua kompaun serta monoterapi kortikosteroid adalah lebih berkesan dan lebih selamat daripada monoterapi vitamin D. Rawatan monoterapi dengan steroid topikal generik mungkin boleh diterima sepenuhnya untuk terapi jangka pendek.

5. Lichen planus/planopilaris

Lichen planus kelihatan seperti benjolan merah atau ungu pada kulit. Apabila benjolan ini menjejaskan kulit kepala ia dipanggil lichen planopilaris.

Ia boleh menyebabkan keguguran rambut, juga dikenali sebagai alopecia, atau parut kekal. Keguguran rambut yang disebabkan oleh lichen planopilaris biasanya kekal.

Kajian menunjukkan lichen planopilaris muncul sebagai papul folikel berduri merah kecil dan memanjangkan ke kawasan yang licin pada kulit kepala atau kurang kerap di tempat lain di kawasan badan yang mempunyai rambut . Pemusnahan folikel rambut membawa kepada tompok botak kekal yang dikategorikan sebagai ‘lonely hairs’ yang kelihatan jarang . 

Keadaan ini tidak berjangkit dan berpotensi tinggi untuk dihidap pada individu di usia pertengahan. 

Cara merawat: Lichen planopilaris kadangkala sembuh dengan sendirinya, tetapi ia boleh berada di kulit kepala selama bertahun-tahun.

Rawatan biasanya melibatkan krim kortikosteroid topikal atau steroid oral. Dalam sesetengah kes, steroid suntikan mungkin lebih membantu. Antihistamin boleh membantu dengan kegatalan.

Kajian mendapat bahawa terapi methotrexate dengan dan tanpa kortikosteroid mempunyai keberkesanan dan keselamatan yang sama untuk merawat pesakit dengan lichen planopilaris

6. Kutu rambut

Punca Kulit Kepala Berkerak kutu rambut

Kutu rambut boleh menyebabkan kepala anda gatal. Jika anda menggaru kepala anda terlalu kerap, ini boleh menyebabkan kepada perkembangan kudis yang boleh menyebabkan jangkitan.

Kutu rambut boleh merangkak dari satu tempat ke satu tempat dan jika keluarga anda atau rakan serumah mengalami kutu rambut, kebarangkalian anda mempunyai kutu rambut adalah tinggi. 

Cara merawat:

  • Ubat preskripsi topikal: Malathion dan ubat topikal lain disapu ke dalam kulit kepala.
  • Produk ubat  belian kaunter: Syampu yang mengandungi pyrethrin atau permethrin. Jika ia tidak berkesan, pembekal penjagaan kesihatan anda mungkin mencadangkan syampu dengan bahan yang berbeza.
  • Ubat preskripsi oral: Ubat seperti ivermectin oral disaranankan untuk serangan kutu yang tidak bertindak balas terhadap rawatan ubat belian kaunter.
  • Merendam berus rambut dan sikat: Kajian mencadangkan untuk merendam berus rambut dan sikat ke dalam air bersuhu 54.4°C selama 5 hingga 10 minit.

7. Folikulitis eosinofilik

Folikulitis eosinofilik adalah keadaan di mana kulit dan kulit kepala yang cenderung memberi kesan kepada orang yang menghidap HIV peringkat akhir. Keadaan ini tidak berjangkit.

Ia akan menyebabkan kudis yang gatal yang akan menjadi radang dan nanah. Apabila luka telah sembuh, ia akan meninggalkan tompokan kulit yang lebih gelap.

Kudis kulit kepala jenis ini boleh merebak dan berulang.

Cara merawat: Kajian mendapati keberkesanan tetrasiklin terhadap  folikulitis pustular eosinofilik adalah disebabkan oleh sifat antibakteria dan anti-radangnya. Kajian menerangkan tetrasiklin ialah kelas ubat yang digunakan untuk mengurus dan merawat pelbagai jangkitan bakteria. Selain itu, pelbagai syampu berubat, krim dan ubat oral juga boleh membantu mengawal jangkitan dan meredakan gejala.

Individu yang menghidap HIV dan mengalami kudis kulit atau kulit kepala harus berunding dengan doktor. 

8. Kayap

Kayap adalah ruam kulit yang menyakitkan yang disebabkan oleh virus varicella-zoster. Virus ini juga yang menyebabkan cacar air. Selain demam, sakit kepala dan gejala lain, kayap akan menyebabkan ruam yang menyakitkan dengan lepuh yang terbuka dan berkudis.

Lepuh juga boleh terbentuk pada kulit kepala yang akan terasa sakit apabila anda menyikat rambut. Ia kelihatan seperti kulit kepala berkerak.

Cara merawat: Ubat antiviral, seperti Valtrex (valacyclovir) dan Zovirax (acyclovir), 

rawatan topikal dan ubat tahan sakit. 

9. Penyakit Lupus

Lupus ialah sejenis penyakit autoimun di mana badan anda mencipta antibodi yang menyerang tisu yang sihat. Selain menyerang bahagian badan yang sihat, antibodi ini juga boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan.

Luka atau ruam mungkin muncul di kawasan yang biasa terdedah kepada matahari seperti di kepala muka dan leher. Jika lesi berlaku pada kulit kepala, rambut gugur dan parut boleh berlaku. 

Kajian menunjukkan plak kulit kepala boleh mengakibatkan alopecia parut bergantung kepada keterukan dan tempoh.

Cara merawat: Rawatan keadaan kulit yang berkaitan dengan lupus termasuk krim kortikosteroid atau perencat kalsineurin. Doktor mungkin akan menetapkan ubat, seperti dapsone (Aczone) untuk kes yang lebih sederhana.

10. Dermatitis herpetiformis

Dermatitis herpetiformis adalah keadaan kulit dan kulit kepala yang sangat gatal yang cenderung dihidapi kepada orang yang mempunyai penyakit seliak atau alah kepada gluten. Keadaan ini tidak berjangkit.

Dermatitis herpetiformis menyebabkan kumpulan benjolan merah yang sangat gatal. Biasanya, pesakit akan terasa seakan-akan terbakar sebelum benjolan muncul. Benjolan ini kemudiannya akan menjadi kudis

Kajian menjelaskan keterukan ruam berbeza-beza antara individu dan ruam yang teruk boleh menjejaskan bahagian badan yang lain seperti kulit kepala, muka dan bahagian atas belakang badan.

Cara merawat: Ubat preskripsi dapsone (Aczone) boleh melegakan gejala. Diet bebas gluten juga didapati berkesan.

11. Kanser kulit 

Kanser kulit paling kerap berkembang di kawasan yang kerap terdedah kepada matahari, seperti kulit kepala, leher, tangan dan muka. Beri perhatian kepada sebarang perubahan pada kulit kepala and  termasuk bintik-bintik yang berubah warna, saiz atau bentuk, kudis yang tidak sembuh dan tompokan yang timbul atau bersisik

Cara merawat: Rawatan untuk kanser kulit bergantung pada jenis kanser kulit, peringkat kanser dan kesihatan anda secara keseluruhan. 

12. Jerawat

Jerawat pada kebiasaannya akan menyebabkan liang tersumbat di muka dan di kawasan seperti kulit kepala di mana folikel rambut berada Apabila ia tersumbat akibat peluh, minyak, sel mati atau jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan jerawat dan kudis di kulit kepala dan kelihatan seperti kulit kepala berkerak.

Cara merawat: Syampu berubat dan mencuci rambut mengikut keperluan boleh mengurangkan kehadiran kudis dan jerawat pada kulit kepala. Sekiranya keadaannya teruk, pakar dermatologi mungkin akan mencadangkan rawatan anti jerawat atau antibiotik. Kajian mencadangkan rawatan jerawat termasuk penjagaan kulit yang betul, ubat topikal, ubat oral dan terapi prosedur. Ejen topikal adalah rawatan pertama untuk jerawat ringan hingga sederhana dan boleh digunakan sebagai terapi gabungan untuk jerawat yang lebih teruk. 

13. Impetigo

Impetigo ialah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria kumpulan A Streptococcus atau Staphylococcus aureus. Ia selalunya berlaku pada kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga boleh menghidapinya.

Jangkitan ini terjadi dari lepuh yang muncul pada mulut dan hidung,  ia juga boleh berkembang ke kulit kepala, kaki, dan lengan. Dalam kebanyakan kes, lepuh akan menyebabkan kegatalan. Kulit kepala berkerak kekuningan akhirnya akan terbentuk di atasnya.

Impetigo boleh dijangkiti jika seseorang menyentuh kudis atau terkena cecairnya.

Cara merawat: Antibiotik dan krim topikal boleh merawat impetigo. Kajian mendapati jika anda mempunyai jangkitan asas atau penyakit kulit, jangkitan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. 

14. Ekzema

Punca Kulit Kepala Berkerak ekzema

Ekzema biasanya muncul pada bahagian kulit yang kelihatan. Tetapi kadangkala ia boleh berlalu di tempat yang kurang mudah dilihat seperti bahagian atas kepala anda.

Ekzema kulit kepala menyebabkan kulit gatal, kering, merah, dan meradang. Anda juga mungkin dapat merasakan sensasi seakan-akan terbakar. Ekzema kulit kepala tidak menyebabkan kudis tetapi menggaru boleh menyebabkan kudis. 

Ada kajian yang menunjukkan hair relaxers dikaitkan dengan ekzema, pengelupasan, sakit, melecur, dan keradangan pada kulit kepala. 

Cara merawat: Pada waktu ini, tiada ubat untuk merawat ekzema kulit kepala. Tetapi rawatan boleh membantu mengurangkan gejala seperti syampu berubat boleh mengurangkan kegatalan dan menghilangkan kulit yang mengelupas dan bersisik.

15. Kegatalan neuropatik

Kegatalan yang berkaitan dengan saraf dan kulit kepala dipanggil kegatalan neuropatik. Keadaan ini boleh menyebabkan kudis dan mungkin menyebabkan kulit kepala berkerak.

Punca kegatalan neuropatik tidak jelas. Ia dianggap berkaitan dengan saraf dalam kulit. Ia juga boleh dikaitkan dengan keadaan seperti autoimun, berjangkit, neurologi, ortopedik dan metabolic.

Cara merawat: Kajian menunjukkan kegatalan neuropatik sering dirawat dengan ubat sistemik seperti Neurontin (gabapentin). 

Kesimpulan

Kulit kepala berkerak boleh disebabkan beberapa faktor seperti:

  1. Dermatitis seborrheic
  2. Kurap kulit kepala
  3. Dermatitis kontak
  4. Psoriasis kulit kepala
  5. Lichen planus/planopilaris
  6. Kutu rambut
  7. Folikulitis eosinofilik
  8. Kayap
  9. Penyakit Lupus
  10. Dermatitis herpetiformis
  11. Kanser kulit 
  12. Jerawat
  13. Impetigo
  14. Ekzema
  15.  Kegatalan neuropatik

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Leave a Reply