23 Cara Melembutkan Rambut Berkesan (Tips Pakar Rambut)
Artikel ini bincang tentang cara melembutkan rambut dengan cepat dan berkesan. Jika anda ingin rambut yang lembut, habiskan artikel ini. Jom!
Cara Melembutkan Rambut mengikut Pakar Gaya Rambut
1. Gunakan syampu dan perapi yang betul
Penggunaan syampu dan perapi yang betul adalah salah satu cara melembutkan rambut yang penting. Jenis syampu dan perapi yang tidak sesuai dengan rambut anda akan menyebabkan rambut anda kurang bermaya, kusut dan lebih kering.
Kajian menunjukkan syampu adalah bentuk utama pembersih kulit kepala dan mempunyai kesan yang besar terhadap kesihatan rambut dan kulit kepala. Kekerapan mencuci rambut meningkatkan kebimbangan tentang potensi seperti sulfat yang boleh menyebabkan rambut kelihatan tidak terurus, mengerbang, meningkaykan kerapuhan rambut dan kekeringan kulit kepala.
2. Pilih berus rambut yang baik
Sebaiknya, elakkan daripada memberus rambut kusut selepas mandi. Keringkan rambut anda dengan perlahan dan mula gerakkan sikat anda secara perlahan-lahan dari hujung helaian rambut hingga ke akar. Anda boleh menggunakan sikat rambut anti kusut dan sikat yang bergigi lebar.
Kajian mencadangkan jika rambut anda mudah patah kerana ia bersimpul, sebaiknya pilih berus sikat antikusut yang mempunyai ‘bulu’ sikat fleksibel yang direka bentuk untuk melentur rambut tanpa menyebabkan kerosakan rambut.
Apabila tekstur rambut anda menjadi semakin lembut, semakin kurang masalah rambut seperti mudah rapuh dan kelihatan kurang terurus. Berus sikat yang baik dapat membantu anda dalam mendapatkan rambut yang sihat dan lembut.
3. Pilih alat penggayaan berkualiti
Alat penggayaan yang tidak berkualiti mungkin akan menjejaskan kesihatan rambut anda. Kebanyakkan salun dapat menghasilkan rambut yang sihat dan cantik kerana alat penggayaan yang digunakan berkualiti tinggi.
Melabur dalam alat penggayaan berkualiti tinggi seperti pengering rambut atau pelurus rambut bukan sahaja dapat melindungi rambut anda daripada ‘kemalangan’ rambut yang tidak dapat diselamatkan tetapi juga dapat menjaga rambut anda dengan lebih baik.
Kajian mencadangkan alat penggayaan rambut berkualiti rendah boleh memberi kesan buruk pada rambut seperti menyebabkan perubahan mikroskopik pada rambut. Perubahan ini mungkin termasuk bonjolan, perubahan pigmen, dan penipisan rambut.
4. Gunakan produk bersesuaian dengan tekstur rambut
Gunakan produk yang sesuai dengan tekstur rambut anda untuk tekstur rambut khusus dan hasil yang anda ingini.
Kelembapan rambut kerinting atau bertekstur adalah rahsia rambut kelihatan kelihatan sihat dan lebih terurus. Anda boleh mencuba produk yang mengandungi aloe vera atau tumbuhan semulajadi seperti inai. Kajian menerangkan Aloe vera mengandungi sifat pelembab yang boleh membantu melembutkan rambut. Gel tumbuhan aloe vera dapat menembusi batang rambut, memberikan penghidratan dan khasiat kepada rambut yang kering dan rapuh. Ia juga boleh membantu mengurangkan rambut mengerbang dan memperbaiki tekstur keseluruhan rambut.
Selain itu, kajian di Palestin menunjukkan inai mempunyai sifat melembutkan rambut. Ini kerana inai membantu menutup kutikel rambut supaya ia dapat mengekalkan kelembapan. Anda boleh padankan dengan bahan lain seperti telur atau yogurt sebagai sebahagian cara melembutkan rambut anda.
5. Blow-dry rambut ke arah yang betul
Blow-dry rambut anda ke arah yang betul ketika mengeringkan rambut. Kesilapan dalam pengeringan rambut akan menyebabkan anda mengeringkan rambut lebih daripada yang sepatutnya. Ini bukan sahaja menambah haba tambahan, tetapi ia juga bukan cara terbaik untuk mencapai lambut yang lembut
Apabila anda mengeringkan rambut anda, cuba sudutkan pengering rambut dalam gerakan ke bawah. Anda mahu udara mengalir ke bawah supaya udara panas dapat melicinkan batang rambut.
Mengikut kajian, pengeringan rambut dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan rambut. Apabila suhu pengering rambut meningkat, permukaan rambut cenderung menjadi lebih rosak. Ini boleh menyebabkan rekahan dan kerosakan pada kutikula, yang merupakan lapisan pelindung luar rambut.
6. Gunakan produk pelindung haba
Gunakan tetapan sederhana pada alat pengayaan rambut yang menggunakan haba dan sentiasa gunakan produk pelindung haba sebelum menggayakan rambut. Kajian menunjukkan
perlindungan struktur protein asli yang dikaitkan dengan pra-rawatan polimer terpilih membawa kepada pemulihan kelembapan yang lebih baik dan pengekalan air di rambut. Ini menyumbang kepada kawalan haba pada penyeterikaan rambut menggunakan haba secara berulang.
Kajian ini menerangkan kerosakan rambut boleh dikurangkan dengan ketara apabila rambut dirawat terlebih dahulu dengan polimer terpilih seperti kopolimer VP/acrylates/lauryl metacrylate, polyquaternium-55, dan kompleks polielektrolit kopolimer PVM/MA dan polyquaternium-28. Pra-rawatan polimer memberikan perlindungan terma terhadap degradasi terma keratin dalam korteks serta kerosakan permukaan rambut. Pra-rawatan polimer memainkan peranan penting dalam kesan anti-pecahnya.
7. Jangan menggayakan rambut dengan kerap
Kelihatan anggun, kacak atau terurus sepanjang masa mungkin menjadi impian bagi sesetengah individu. Siapa tidak mahu kelihatan cantik bukan? Namun, menggayakan rambut dengan terlalu kerap bukanlah salah satu cara melembutkan rambut.
Kajian mendapati kajian wanita yang telah menggunakan prosedur penggayaan rambut dalam tempoh enam bulan berkemungkinan mengalami perubahan mikroskopik pada rambut mereka, seperti bonjolan, perubahan pigmen dan penipisan rambut. Perubahan ini mungkin berpunca daripada pendedahan haba melalui peranti terma atau haba atmosfera yang boleh menjejaskan alfa-keratin dan mengubah struktur kutikula rambut.
Kajian lain pula menunjukkan penggayaan rambut yang kerap boleh menyumbang kepada kekeringan rambut. Punca kimia seperti pelunturan, pencelupan rambut dan perming, serta punca fizikal seperti geseran daripada aksesori rambut dan pengeringan tuala, boleh merosakkan batang rambut dan menyebabkan kekeringan. Adalah penting untuk menggunakan teknik dan produk penjagaan rambut yang betul untuk meminimumkan kesan negatif penggayaan yang kerap dan mengekalkan kelembapan rambut.
8. Pengambilan suplemen
Pengambilan suplemen untuk menyokong kesihatan rambut termasuk mengekalkan kelembapan rambut dapat membantu kesihatan keseluruhan rambut dan kulit anda.
Kajian mendapati vitamin memainkan peranan penting dalam mengekalkan rambut yang sihat. Vitamin adalah elemen utama dalam kitaran folikel rambut. Mikronutrien seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, zat besi, selenium dan zink adalah penting untuk perkembangan folikel rambut yang normal dan fungsi sel imun. Kekurangan mikronutrien ini mungkin merupakan faktor risiko yang boleh diubah suai yang berkaitan dengan perkembangan, pencegahan dan rawatan keguguran rambut.
Kajian pula menerangkan Viviscal adalah suplemen oral yang telah dikaji untuk keupayaannya untuk meningkatkan pertumbuhan rambut pada wanita dengan rambut menipis. Ia mengandungi campuran proprietari bahan, termasuk kompleks marin, serbuk jerung dan moluska, silika organik, vitamin C dan sebatian semula jadi yang lain.
Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa Viviscal boleh meningkatkan dengan ketara bilangan rambut terminal di kulit kepala, meningkatkan jumlah keseluruhan rambut, ketebalan, dan liputan kulit kepala, dan meningkatkan kilauan rambut dan pengekalan kelembapan kulit. Ia dianggap sebagai suplemen pemakanan dan didapati selamat dan berkesan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut pada wanita yang mengalami penipisan rambut sementara.
9. Gunakan serum rambut
Serum rambut dapat mengurangkan rambut mengerbang dan merawat rambut kering. Penggunaan serum rambut adalah cara melembutkan rambut dengan cepat. Silikon di dalam serum rambut boleh membantu mengawal masalah rambut kering dan mengerbang. Ia dapat menambah berat pada helaian yang lemah.
Sapukan serum rambut pada rambut yang baru disikat. Gosokkan produk di antara tapak tangan anda dan sapukan pada rambut anda dengan hujung jari anda. Gunakan sikat rambut untuk memastikan produk disapukan secara sama rata.
10. Kekalkan keseimbangan pH rambut yang sihat
Adalah penting untuk anda mengekalkan rambut pada keseimbangan pH yang sihat. Keseimbangan pH yang sihat untuk rambut adalah antara 3.6-5.5. Jika rambut mencapai tahap yang lebih alkali atau menggunakan produk dengan bahan alkali, itu akan menyebabkan folikel rambut mengembang dan mengeluarkan kelembapan yang diperlukan. Ini akan menjejaskan kelembapan dan kilauan rambut, menjadikan rambut rapuh dan kelihatan kusam.
Kajian menerangkan pH alkali boleh meningkatkan cas elektrik negatif permukaan gentian rambut dan meningkatkan geseran antara gentian. Ini boleh menyebabkan kerosakan kutikula dan gentian rambut.
Mengikut kajian, cara paling mudah untuk menurunkan pH rambut anda adalah dengan menggunakan syampu berasid. Walau bagaimanapun, memandangkan banyak pembersih semula jadi adalah beralkali, ia boleh menjadi sukar apabila anda penggemar pembersih rambut dari bahan semula jadi.
11. Pengeringan rambut yang betul
Pengeringan rambut menggunakan dapat tuala menyelamatkan rambut anda daripada terdedah kepada haba yang melampau. Produk penggayaan dan pelindung haba sering terkumpul pada kulit kepala anda yang membawa kepada masalah rambut dan kulit kepala yang lain. Ini tidak berlaku apabila anda menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut.
Terdapat sedikit atau tiada geseran apabila anda mengeringkan rambut anda dengan tuala Lebih kurang geseran, lebih baik untuk kesihatan rambut anda. Tuala mikrofiber adalah pilihan terbaik di luar sana untuk mengeringkan rambut anda. Gentian mikro adalah seratus kali lebih halus daripada rambut manusia supaya ia boleh membalut banyak gentian halus dan menyerap kelembapan.
12. Gunakan mask rambut
Mask rambut boleh menjadi cara melembutkan rambut yang berkesan untuk menambah kelembapan yang sangat diperlukan pada rambut yang kering. Jika anda tidak gemar menggunakan minyak tulen, anda boleh menggunakan mask rambut yang tersedia di pasar raya atau farmasi.
Mask rambut boleh membantu rambut anda untuk menarik kelembapan dengan lebih berkesan yang akan menjadikan rambut lebih lembut dari semasa ke semasa. Sapukan pada rambut lembap selepas mencuci syampu, kemudian bilas selepas lima minit.
Kajian menunjukkan mask rambut bermanfaat dalam mencegah kekeringan rambut. Ia memberikan penghidratan dan khasiat yang mendalam pada helaian rambut, membantu memulihkan kelembapan dan mencegah kekeringan. Bahan semula jadi yang digunakan dalam formulasi mask rambutmempunyai sifat pelembab yang membantu mengekalkan kelembapan pada rambut.
Penggunakan mask rambut dengan kerap dapat memelihara rambut dipelihara dan memastikan rambut kekal terhidrat. Bahan-bahan semula jadi dalam formulasi mask rambut dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan meningkatkan kekuatan helaian rambut.
13. Sapukan tanah liat bentonit ke rambut
Tanah liat bentonit atau bentonite clay ialah bahan yang berasal dari gunung berapi yang digunakan secara tradisional untuk masalah pencernaan. Ia juga kadangkala digunakan untuk masalah kulit, seperti kekeringan, ekzema dan gigitan pepijat.
Banyak kajian ke atas haiwan sedang dijalankan tentang kesan tanah liat bentonit untuk rambut. Tanah liat bentonit dipercayai boleh membantu untuk membersihkan rambut anda sambil mengimbangi tahap kelembapan dan membantu dengan masalah kelemumur.
14. Elakkan mencuci rambut dengan air panas
Air panas boleh menyebabkan kerosakan pada rambut yang kusam dan kering. Sebaiknya, gunakan air bersuhu sejuk untuk mencuci rambut.
Rambut anda akan menjadi lebih lembut dan berkilat dengan membilas rambut anda dengan air sejuk apabila anda membilasnya selepas menggunakan perapi. Tabiat ini akan membantu untukmembilas sebarang produk yang berlebihan tanpa menghilangkan kelembapan.
Kajian menerangkan lapisan luar rambut yang dinamakan kutikula terbentuk daripada sel mati yang bertindih yang melindungi batang rambut . Apabila anda mencuci rambut anda dengan air panas atau suam, kutikula akan terbuka. Ini membantu menghilangkan kotoran, habuk, minyak dan peluh yang terperangkap dari rambut. Tetapi akan menyebabkan pembengkakan batang rambut dan rambut mengerbang.
15. Cuci rambut hanya bila perlu
Ada individu yang perlu mencuci rambut setiap hari mungkin atas faktor tententu dan ada individu yang tidak perlu mencuci rambut setiap hari. Contohnya, jika anda mempunyai kulit kepala berminyak, anda perlu mencuci rambut setiap hari. Individu yang berambut sangat kering pula mungkin hanya perlu mencuci rambut beberapa kali sahaja dalam seminggu.
Rambut yang terlalu berminyak juga boleh disebabkan oleh terlalu mencuci dengan syampu konvensional. Kajian menunjukkan bahan tambahan kimia boleh menanggalkan sepenuhnya semua minyak semula jadi dari rambut anda, mengeringkannya dan menyebabkannya mudah patah.
16. Sapukan minyak argan ke rambut
Minyak argan terkenal dengan sifat pelembab. Pengeluar kosmetik telah menambah minyak argan ke dalam pelbagai jenis syampu, perapi dan rawatan rambut. Oleh kerana kandungan asid lemak yang terdapat di dalam minyak, ia boleh membantu memperbaiki penampilan keretakan, hujung rambut bercabang dan kekeringan.
Kajian mendapati pra-rawatan minyak argan berkesan dalam melindungi rambut daripada kerosakan oksidatif. Hasil attenuated total reflectance (ATR) adalah selaras dengan keputusan kehilangan protein. Dalam kajian ini, kaedah ujian ATR sebagai teknik pantas digunakan dalam mengenalpasti kuantiti kerosakan rambut.
17. Jadikan putih telur sebagai mask rambut
Putih telur terbukti menjadikan rambut lembut, berkilat dan licin kerana profilnya yang kaya dengan nutrisi. Selain itu, protein dan vitamin seperti niasin dan riboflavin yang terdapat dalam putih telur membersihkan kulit kepala dan menyuburkan rambut secara sekata. Ia memperbaharui rambut yang rosak dan mengembalikan kilauan.
Sesetengah individu menggunakan putih telur sebagai mask rambut pada kulit kepala. Ia untuk membantu memulihkan keguguran rambut dan kerosakan rambut. Menggunakan topeng rambut putih telur boleh membersihkan kulit kepala daripada minyak berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan.
Individu yang mempunyai kelemumur juga boleh menggunakan topeng putih telur kerana ia membantu untuk merawat kulit kepala kering.
18. Sapukan pes biji fenugreek ke rambut
Kajian menunjukkan biji fenugreek kaya dengan protein, zat besi, vitamin C, kalium, dan lecithini . Nutrien rambut penting ini berfungsi untuk mencegah keguguran rambut, kelemumur, kerosakan dan uban, menebalkan rambut dan kekuatan rambut.
Anda boleh cuba menggunakan biji fenugreek untuk cara melembutkan rambut:
- Rendam biji fenugreek dalam air dan biar semalaman.
- Kisarkan benih dengan menambah sedikit air yang direndam untuk mendapatkan tekstur yang licin dan konsisten.
- Sapukan pes pada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama 30 minit.
- Cuci rambut anda dengan syampu bebas sulfat lembut.
- Gunakan perapi dan bilas.
19. Sapukan minyak kelapa ke rambut
Kajian telah menunjukkan minyak kelapa boleh memberi manfaat kepada kulit kering dan berpotensi melembutkan rambut anda juga. Minyak kelapa boleh meresap jauh ke dalam kulit.
Kajian juga mendapati di antara tiga jenis minyak (minyak kelapa, minyak mineral dan minyak bunga matahari), minyak kelapa adalah satu-satunya minyak yang didapati dapat mengurangkan kehilangan protein dengan ketara untuk rambut yang tidak rosak dan rosak apabila digunakan sebagai produk dandanan sebelum mencuci dan selepas mencuci.
Anda boleh mencuba produk yang mengandungi minyak kelapa atau menggunakan minyak kelapa tulen pada rambut anda selepas anda menggunakan syampu. Jika hasilnya terlalu berminyak, cuba tumpukan pada hujung rambut anda sahaja dan gunakan minyak setiap hari.
Anda boleh baca tentang kebaikan minyak kelapa untuk rambut.
20. Sapukan produk aloe vera untuk rambut
Kajian menunjukkan aloe vera adalah sumber enzim proteolitik yang banyak yang membaiki sel-sel rosak yang terdapat di kulit kepala anda. Ini membolehkan ia meningkatkan kesihatan folikel dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
Kandungan lembapan dari bahan ini membantu dengan penghidratan rambut dan melembapkan rambut sepanjang hari. Ini akan memastikan tekstur yang licin dengan mengurangkan rambut mengerbang.
21. Sapukan jus bawang ke rambut
Kajian mendapati jus bawang membantu mengurangkan keguguran rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut, dan juga menumbuhkan rambut.
Ini mungkin disebabkan oleh kandungan sulfurnya yang tinggi yang membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan nutrien seperti biotin, mangan, flavonoid, vitamin C, fosforus, asid folik dan tembaga, yang semuanya membantu memulihkan kesihatan rambut dan membuatjan rambut anda kelihatan dan bersinar.
Cara melembutkan rambut anda menggunakan jus bawang adalah:
- Campurkan jus bawang dengan beberapa titis minyak pati lavender.
- Sapukan larutan ini pada kulit kepala dan urut secara perlahan-lahan dengan hujung jari anda. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
- Cuci rambut anda dengan syampu.
- Gunakan perapi atau mask rambut untuk menambahkan kelembutan rambut.
22. Amalkan diet tinggi nutrisi
Pastikan anda mendapatkan nutrisi yang mencukupi seperti lemak dan protein sihat untuk menguatkan dan melembutkan rambut semula jadi. Diet yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan termasuk rambut anda.
Contohnya, kandungan zink yang tidak mencukupi boleh menyebabkan rambut kering dan mungkin juga keguguran rambut, dan kekurangan protein boleh melemahkan rambut dan menjadikannya kelihatan kusam.
23. Ambil langkah pencegahan sebelum rambut rosak
Untuk mendapatkan rambut yang lembut dan sihat, anda perlu mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara berikut:
- Menggunakan perapi di kulit kepala: menyebabkan pori-pori kulit kepala tersumbat.
- Tidur di atas sarung bantal kapas: menyerap minyak dalam rambut anda yang mengekalkan penghidratan.
- Penggayaan rambut yang memberi tekanan kepada kulit kepala: menyumbang kepada perkembangan garis rambut yang surut dan mudah patah.
- Menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari: menyebabkan rambut kita menjadi kering dan kusam
- Tidak trim rambut: menjadikan rambut anda kelihatan lebih tidak sihat.
Kesimpulan
- Gunakan syampu dan perapi yang betul
- Pilih berus rambut yang baik
- Pilih alat penggayaan berkualiti
- Gunakan produk bersesuaian dengan tekstur rambut
- Blow-dry rambut ke arah yang betul
- Gunakan produk pelindung haba
- Jangan menggayakan rambut dengan kerap
- Pengambilan suplemen
- Gunakan serum rambut
- Kekalkan keseimbangan pH rambut yang sihat
- Pengeringan rambut yang betul
- Gunakan mask rambut
- Sapukan tanah liat bentonit ke rambut
- Elakkan mencuci rambut dengan air panas
- Cuci rambut hanya bila perlu
- Sapukan minyak argan ke rambut
- Jadikan putih telur sebagai mask rambut
- Sapukan pes biji fenugreek ke rambut
- Sapukan minyak kelapa ke rambut
- Sapukan produk aloe vera untuk rambut
- Sapukan jus bawang ke rambut
- Amalkan diet tinggi nutrisi
- Ambil langkah pencegahan sebelum rambut rosak
Anda juga boleh baca tentang: