13 Cara Hilangkan Kutu Rambut: Punca, Penjagaan, Petua & Rawatan

Nak tahu tentang cara hilangkan kutu rambut?

Artikel ini bincang tentang:

  • Apa itu serangan kutu rambut?
  • Cara hilangkan kutu rambut

Mari kita mula!

Apakah itu serangan kutu rambut?

cara hilangkan kutu rambut featured image

Kutu rambut atau kutu kepala dikenali sebagai Pediculus Humanus Capitis. Serangan kutu kepala pula dikenali sebagai Pediculosis Capitis iaitu jangkitan pada rambut kepala dan kulit kepala oleh kutu kepala.

Gigitan kutu rambut boleh menyebabkan kegatalan selepas lebih kurang enam minggu individu terkena jangkitan pertama.

Kegatalan yang disebabkan oleh kutu rambut boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa tidur dan juga ketika menjalankan aktiviti seharian.

Kutu rambut hanya memakan darah manusia dan hanya mampu bertahan pada rambut kepala manusia. Kutu rambut dewasa berukuran kira-kira 2 hingga 3 mm. Jika kutu rambut tidak dapat hidup di kepala manusia, ia tidak boleh hidup melebihi 3 hari.

Untuk membuat diagnosis, kutu hidup mesti ditemui dan kulit telur kutu yang kosong yang dikenali sebagai nits sahaja tidak mencukupi untuk membuat diagnosis. Penggunaan sikat boleh membantu untuk membuat pengesanan kutu rambut. 

Kutu rambut dan telur kutu rambut adalah sangat biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan keluarga mereka. Serangan kutu rambut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan rambut kotor dan boleh terjangkiti melalui sentuhan kepala ke kepala.

Kajian menunjukan kutu rambut tidak mempunyai sayap, jadi kutu rambut tidak boleh terbang. Kutu rambut juga tidak boleh melompat. Kutu rambut hanya boleh bergerak dengan merangkak kira-kira 23 sentimeter seminit. Kaki kutu rambut boleh berpaut pada helaian rambu yang menjadikannya tidak mungkin melekat pada objek atau barang untuk masa yang lama.

Masalah kutu rambut bukanlah masalah yang serius dan terdapat cara menghilangkan kutu rambut.

Tanda-tanda atau simptom masalah kutu rambut

  • Rasa kegatalan yang teruk: Anda akan rasa gatal-gatal pada kulit kepala, leher dan telinga kerana tindak balas alahan terhadap gigitan kutu. Jika anda mengalami masalah kutu buat kali pertama, anda mungkin tidak terasa gatal selama 4 hingga 6 minggu.
  • Terasa pergerakan di kulit kepala: Anda mungkin sukar untuk mengesan kutu rambut kerana saiznya yang kecil, bergerak dengan cepat dan akan mengelak daripada cahaya. 
  • Telur kutu (nits) pada batang rambut:  Telur kutu bersaiz kecil yang melekat di batang rambut agak sukar untuk dilihat dan selalunya berada di sekitar telinga dan garis rambut leher. Telur kutu yang kosong mungkin lebih mudah kelihatan kerana berada jauh dari kulit kepala dan warnanya lebih cerah.  
  • Terdapat  kesan luka pada kulit kepala, leher dan bahu: Kegatalan yang teruk akibat kutu rambut boleh menyebabkan anda menggaru kulit kepala dengan kerap. Ini boleh menyebabkan kulit kepala anda mempunyai benjolan kecil berwarna merah yang kadangkala boleh dijangkiti bakteria.

Punca masalah kutu rambut

Kutu rambut tidak boleh terbang atau melompat. Ia akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan merangkak. Anda boleh mengalami masalah kutu rambut dengan cara mendekati kutu rambut ataupun telurnya. Antara cara kutu rambut boleh mendekati anda adalah:

  • Sentuhan kepala ke kepala: Pada kebiasaannya, kutu rambut akan merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan langsung kepala ke kepala. Contohnya di kalangan kanak-kanak di sekolah dan keluarga. 
  • Barangan peribadi: Antara barang peribadi yang mungkin menyebabkan masalah kutu kepala adalah topi, tudung, sikat rambut, bantal, cadar dan tuala. 
  • Barangan perkongsian: Antara barangan perkongsian adalah perhiasan rambut, fon kepala dan barang permainan seperti anak patung juga boleh meningkatkan risiko penyebaran kutu rambut.
  • Melalui perabot di rumah atau di tempat awam: Kutu rambut boleh hidup antara satu hingga dua hari di luar badan manusia. Kebarangkalian anda dijangkiti melalui perabot dirumah atau di tempat awam adalah agak tinggi kerana kemungkinan individu orang yang dijangkiti kutu rambut akan duduk berehat atau berada di kawasan berdekatan perabot selama beberapa minit.

Cara hilangkan kutu rambut: langkah penjagaan

Mengambil langkah awal untuk merawat masalah kutu rambut dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti orang lain dan mengurangkan kemungkinan masalah serangan kutu rambut berulangan. Terdapat cara menghilangkan kutu rambut menggunakan bahan semulajadi dan rawatan konvensional. Antara cara menghilangkan kutu rambut adalah:

1. Menyikat rambut ketika rambut basah

petua hilangkan kutu rambut sikat rambut

Anda boleh menggunakan sikat gigi yang rapat sebagai cara menghilangkan kutu rambut. 

Anda boleh menyikat rambut anda ketika rambut anda dalam keadaan basah setiap tiga hingga empat hari selama sekurang-kurangnya dua minggu sehingga tiada kutu rambut boleh kelihatan di rambut anda. 

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menggunakan perapi anti-kutu semula jadi semasa menyikat rambut anda. Anda perlu menyikat keseluruhan kulit kepala yang dijangkiti kutu bermula dari kulit kepala hingga ke hujung rambut. Lakukan sikatan ini secara berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali untuk setiap sesi.

Kajian menunjukkan  kaedah ini mempunyai beberapa manfaat seperti menjadikan kutu lebih senang kelihatan, dapat membezakan kutu rambut membezakannya daripada kelemumur, dan antara cara menghilangkan kutu rambut tanpa menggunakan kos yang banyak.

2. Penggunaan sikat bergigi rapat

Penggunaan sikat bergigi rapat adalah sangat digalakkan sebagai cara menghilangkan kutu rambut. Cara ini mudah untuk kita ‘menangkap’ kutu rambut dan membersihkan kulit kepala kita daripada kulit telur kutu rambut. Penggunaan sikat bergigi yang berjarak jauh dapat menyukarkan anda untuk mendapatkan kutu rambut dengan lebih efektif.  

Kajian menunjukkan sikat kutu gigi rapat cenderung lebih berkesan dalam merawat kutu daripada pediculicides. Pediculicides adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membunuh kutu rambut. Penyikat kutu yang berkualiti adalah cara paling mudah untuk mengesahkan diagnosis. 

Selain itu, kajian pula mendedahkan diagnosis serangan kutu menggunakan sikat kutu adalah empat kali lebih efektif daripada pemeriksaan visual langsung dan dua kali lebih cepat.”

Jadi pastikan anda mempunyai satu di dalam kabinet ubat anda.

Cara menghilangkan kutu rambut: petua (Bahan Semulajadi)

Penggunaan bahan semulajadi atau petua menggunakan bahan semulajadi adalah salah satu cara menghilangkan kutu rambut secara efektif. Rawatan ini memerlukan dedikasi yang tinggi untuk anda mengulangi rawatan berulang kali sehingga kutu rambut  dan telur kutu rambut tidak kelihatan lagi. 

Bahan-bahan ini bukan sahaja mudah di dapati tetapi juga lebih murah berbanding rawatan konvensional.

3. Rawatan minyak pati

Rawatan minyak pati adalah salah satu cara menghilangkan kutu rambut. Untuk mengelakkan kulit kepala daripada melecur, anda haruslah mencarikan minyak pati dengan carrier oil sebelum menyapukan minyak pati ke atas kulit kepala anda. 

Carrier oil adalah minyak yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan berfungsi sebagai campuran minyak pati sebelum disapu pada kulit. Minyak ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti minyak badam, minyak jojoba dan minyak zaitun. Ia perlu digunakan dengan cara yang betul supaya manfaat minyak pati dapat dimaksimumkan.

Kajian menunjukkan terdapat beberapa jenis minyak pati yang boleh membunuh kutu rambut dan kulit telur kutu yang kosong atau nits dengan berkesan seperti minyak lavendar, minyak buah pala, minyak daun pudina, minyak daun neem dan minyak pokok teh. 

Cadangan cara penggunaan adalah seperti berikut: 

Campurkan dalam 57gram minyak zaitun bersama 15 hingga 20 titis minyak pati. Basahkan kulit kepala dan rambut anda dengan campuran minyak menggunakan sarung tangan atau botol semburan. Biarkan campuran minyak di kepala anda selama sekurang-kurangnya 12 jam. Sikat keseluruhan rambut anda, syampu, kemudian bilas rambut anda. 

Anda boleh ulang langkah ini sehingga anda berpuas hati dengan tahap kesihatan rambut anda.

4. Rawatan minyak pokok teh atau tea tree oil

cara hilangkan kutu rambut minyak pokok teh

Kajian pada tahun 2010 menunjukkan losyen topikal yang mengandungi 10 peratus minyak pokok teh dan satu peratus minyak lavender dapat menghasilkan 97.6 peratus penghapusan kutu rambut selepas hari terakhir rawatan. Sementara itu, hanya 25 peratus subjek kajian yang menggunakan rawatan kutu konvensional biasa yang mengandungi piretrin dan piperonil butoksida dapat menyingkirkan kutu rambut kepala mereka.

Kajian menunjukkan keberkesanan minyak pokok teh untuk rawatan kutu rambut adalah mengalakkan. Minyak pati ini mengandungi dua konstituen yang mempunyai aktiviti racun serangga dan telah terbukti membunuh kutu rambut dan telur kutu rambut. Anda boleh mencampurkan tiga hingga lima titis minyak pokok teh ke setiap auns syampu, atau campurkan carrier oil dengan satu sudu teh minyak pokok teh dan sapukan pada rambut yang dijangkiti selama 30 hingga 40 minit.

5. Rawatan minyak neem

cara hilangkan kutu rambut minyak neem

Kajian menunjukkan minyak neem berkesan dalam menghilangkan kutu rambut dan telur kutu rambut. Minyak neem mempunyai sebatian yang dapat mengganggu kitaran hidup kutu rambut Ini menjadikan minyak neem penghalau serangga semula jadi. Syampu yang berasaskan minyak neem mudah didapati di farmasi. Secara alternatif, anda boleh menambahkan 8 hingga 10 titis minyak neem  kepada satu auns syampu biasa dan dibiarkan selama 20 minit.

Cara menghilangkan kutu rambut: rawatan moden

Cara menghilangkan kutu rambut boleh juga dilakukan melalui rawatan konvensional. Sesetengah bahan rawatan boleh didapatkan tanpa preskripsi dan sesetengah bahan rawatan perlu mendapat preskripsi dari pakar. Antara rawatan konvensional yang dapat membantu menghilangkan kutu rambut tanpa preskripsi adalah:

6. Pyrethrins

Pyrethrins adalah ekstrak semula jadi yang berasaskan daripada bunga kekwa. Pyrethins selamat untuk digunakan bagi kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Bagaimanapun, bahan ini hanya membunuh kutu rambut hidup, bukan nits (telur kutu rambut yang kosong). Anda akan memerlukan rawatan kedua selepas 9 hingga 10 hari jika telur kutu rambut yang sedia ada telah menetas. Ini tidak boleh digunakan oleh mana-mana individu yang alah kepada bunga kekwa atau ragweed. Debunga ragweed terkenal kerana boleh menyebabkan tindak balas alahan pada manusia, khususnya alergi alahan.

Kajian pada tahun 2000 menunjukkan syampu yang mengandungi pyrethrins dapat menghapuskan sehingga 75% kutu 30 minit selepas rawatan. Walaubagaimanapun, selepas tiga jam, hanya 53% daripada kutu yang benar-benar mati kerana kutu rambut boleh bertahan lebih daripada satu jam tanpa oksigen, tanpa pergerakan pernafasan atau otot sehingga kelihatan mati.

Kajian yang sama menunjukkan pyrethrins hendaklah disapu pada rambut yang kering dan dibiarkan selama 10 minit sebelum disyampu dan dibilas. Menyikat nits (kulit telur kutu rambut kosong) disyorkan selepas menggunakan syampu rawatan. Dari segi keselamatan, pyrethrins tidak boleh digunakan pada pesakit dengan hipersensitiviti kepada bunga kekwa atau ragweed.

7. Losyen Permethrin

Losyen permethrin adalah rawatan sintetik yang serupa dengan pyrethrins semulajadi. Losyen ini boleh membunuh kedua-dua kutu rambut hidup dan telur kutu rambut. Permethrin juga akan meninggalkan sisa pada rambut yang akan membunuh mana-mana kutu rambut yang baru menetas yang timbul daripada telur yang tidak dibunuh semasa penggunaan awal losyen. 

Penggunaan syampu dan perapi mungkin akan mengganggu keberkesanan sisa losyen ini, jadi anda mungkin perlu melakukan rawatan kedua selepas 7 hingga 10 hari jika kutu rambut hidup masih kelihatan. Permethrin selamat untuk digunakan kepada kanak-kanak berumur 2 bulan ke atas. 

Kajian menunjukkan permethrin dan 6-paradol menunjukkan ketoksikan yang rendah terhadap kutu. Pada minit ke 60 minit, 1% permethrin telah membunuh 36.7% daripada kutu yang ada, manakala 6-paradol telah membunuh 66.7 hingga 86.7%. Permethrin mendorong aktiviti acetylcholinesterase (AChE), glutathione S-transferase (GST), dan oksidase yang meningkat dengan ketara. 6-paradol juga menyebabkan aktiviti AChE, GST, dan oksidase meningkat dengan ketara. Permethrin tidak menyebabkan sebarang perubahan morfologi ultrastruktur pada kutu rambut, manakala 6-paradol merosakkan kepala, toraks, spirakel pernafasan dan perut kutu mati dengan teruk.

6-paradol ialah sebatian kimia yang terdapat dalam pelbagai tumbuhan termasuk halia dan piper nigrum (lada hitam). Ia terdiri daripada ahli keluarga gingerol yang terkenal dengan sifat antiradang dan antioksidan yang kuat.

8. Malathion (Ovide)

Sapukan ubat ini pada rambut anda dan kemudian gosokkan ke rambut dan kulit kepala anda. Rawatan kedua mungkin diperlukan jika kutu dilihat tujuh hingga sembilan hari selepas rawatan. Anda harus berhati- hati kerana malathion sangat mudah terbakar dan hanya boleh digunakan untuk wanita hamil atau menyusu dengan rundingan doktor.  Ubat ini tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun.

Kajian menunjukkan malathion boleh didapati sebagai losyen 0.5% yang disapu pada kulit kepala dan rambut kering. Ia boleh dibiarkan kering secara semula jadi tanpa menggunakan pengering rambut, seterika rata atau besi keriting dan kemudian dibilas selepas 8 hingga 12 jam dengan syampu.

9. Losyen Alkohol Benzyl (Ulesfia)

Sapukan losyen ini pada kulit kepala anda dan rambut kering selama 10 minit kemudian bilas dengan air. Rawatan berulang diperlukan kerana ia membunuh kutu rambut tetap tidak menghapuskan telur kutu rambut.

Kajian mendapati pengimbas mikrograf elektron atau scanning electron micrographs (SEM)

menunjukkan bahawa losyen alkohol Benzyl boleh menyebabkan kesesakan nafas kepada kutu rambut. Ia terbukti selamat dan berkesan (p < 0.001) untuk rawatan kutu kepala dan merupakan rawatan kutu bukan neurotoksik pertama yang diluluskan oleh FDA. 

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan ubat-ubatan ini sebagai cara menghilangkan kutu rambut.

Cara mengelakkan diri dari terkena jangkitan kutu rambut

Bagaimana pula langkah pencegahan untuk mengelakkan diri dari terkena kutu rambut? Ada beberapa cara mengelakkan diri dari jangkitan kutu rambut, antaranya ialah:

10. Elakkan Perkongsian Barangan Peribadi

Kutu rambut boleh boleh bergerak dari kulit kepala ke kulit kepala melalui barang peribadi mereka terutama yang digunakan di kepala. Sebagai langkah berjaga-jaga, hadkan perkongsian barangan peribadi anda dengan orang lain. Contoh barangan peribadi adalah topi, topi keledar, sikat rambut, pakaian atau aksesori rambut.

11. Amalan Penggunaan Minyak Rambut

Minyak seperti bunga lawang, kelapa dan zaitun dapat melindungi rambut anda daripada serangan dengan ‘melemaskan’ kutu rambut. Pemakaian minyak rambut secara  kerap juga boleh menghalang kutu rambut daripada merebak.

12. Penggunaan Vakum atau Hampagas

Persekitaran yang bersih dapat mengurangkan risiko anda terkena jangkitan kutu rambut. Seeloknya, anda harus melakukan vakum secara menyeluruh semasa wabak kutu rambut berlaku dan selepas rambut pesakit bebas daripada rawatan kutu.  Penggunaan vakum boleh menyedut rambut yang dijangkiti kutu rambut seseorang yang masih boleh mempunyai telur kutu rambut dan hampir menetas keluar dari rumah.

13. Basuh Barangan Berisiko

Pastikan anda mencuci barang yang boleh dicemari dengan kutu. Ini bukan sahaja akan membantu merawat wabak kutu rambut tetapi juga dapat menghalang pemindahan kutu rambut kepada orang lain atau jangkitan semula orang yang sama.

Antaranya pakaian, selimut, peralatan tempat tidur, selimut dan boneka haiwan. Pastikan anda membasuh ke dalam air sabun yang panas. Keringkan barangan pada tetapan haba yang tinggi sehingga kering sepenuhnya dengan masa kering minimum 20 minit. 

Jika anda mempunyai barangan yang tidak boleh dibasuh tetapi berisiko untuk dicemari kutu rambut, anda boleh memasukan barangan ke dalam beg kedap udara selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Kesimpulan

Serangan kutu rambut boleh menyebabkan kegatalan selepas lebih kurang enam minggu. Tanda-tanda dan simptom serangan kutu adalah berikut:

  • Rasa kegatalan yang teruk
  • Terasa pergerakan di kulit kepala
  • Telur kutu (nits) pada batang rambut
  • Terdapat  kesan luka pada kulit kepala, leher dan bahu

Anda boleh mengalami masalah kutu rambut dengan cara mendekati kutu rambut ataupun telurnya. Antara cara kutu rambut boleh mendekati anda adalah:

  • Sentuhan kepala ke kepala
  • Barangan peribadi
  • Barangan perkongsian
  • Melalui perabot di rumah atau di tempat awam

Berikut adalah cara hilangkan kutu rambut:

  1. Penjagaan rambut – Menyikat rambut ketika rambut basah
  2. Penjagaan rambut – Penggunaan sikat bergigi rapat
  3. Petua semula jadi – Rawatan minyak pati
  4. Petua semula jadi – Rawatan minyak pokok teh atau tea tree oil
  5. Petua semula jadi – Rawatan minyak neem
  6. Rawatan moden – Pyrethrins
  7. Rawatan moden – Losyen Permethrin
  8. Rawatan moden – Malathion (Ovide)
  9. Rawatan moden – Losyen Alkohol Benzyl (Ulesfia)
  10. Cara elakkan kutu – Elakkan Perkongsian Barangan Peribadi
  11. Cara elakkan kutu – Amalan Penggunaan Minyak Rambut
  12. Cara elakkan kutu – Penggunaan Vakum atau Hampagas
  13. Cara elakkan kutu – Basuh Barangan Berisiko

Anda juga boleh baca tentang:

Similar Posts

Leave a Reply