FAQs
Pesanan Saya
Ya, kami menerima bayaran COD. Anda hanya perlu pilih kaedah bayaran “COD” semasa membuat pembayaran di laman checkout.
Mohon pastikan anda benar-benar telah membuat keputusan untuk membeli sebelum memilih COD. Jika pesanan ditolak semasa penghantaran, ia boleh memberi risiko untuk disenarai hitam oleh pihak kurier pada masa akan datang.
Sebaik sahaja pesanan dibuat di laman web, kami tidak lagi dapat membuat sebarang perubahan terhadap pesanan tersebut, termasuk menambah kod promo. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Saya mohon maaf kerana anda menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran. Sila pastikan nombor nama, email, alamat dan telefon bimbit anda telah dimasukkan dalam pesanan anda kerana maklumat ini wajib untuk memproses pesanan. Sila pastikan semua maklumat anda adalah tepat di bahagian “My Account”.
Malangnya, sebaik sahaja pesanan dibuat, ia tidak boleh diubah, ditambah atau dibatalkan.
Jika terdapat kesilapan dalam pesanan (termasuk maklumat pelanggan atau alamat yang tidak tepat), pesanan tersebut tetap akan dihantar dan pelanggan perlu menolak penerimaan bungkusan tersebut supaya ia dapat dipulangkan kepada kami dan bayaran balik dapat diproses. Anda boleh membuat pesanan baru dengan maklumat yang telah dikemas kini.
Kami mohon maaf. Buat masa ini, kami tidak dapat menghantar produk ke luar Malaysia.
Tidak, kami tidak menawarkan pilihan pembayaran secara ansuran pada masa kini.
Penghantaran Saya
CAJ PENGHANTARAN STANDARD
- Caj penghantaran sebanyak RM7 akan dikenakan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia.
- Caj penghantaran sebanyak RM12 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Sila ambil perhatian bahawa tempoh penghantaran adalah antara 2 hingga 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia, dan antara 3 hingga 8 hari untuk Sabah dan Sarawak.
[Penting untuk Diketahui] Semasa musim beli-belah puncak dan tempoh promosi, kami memerlukan antara 5 hingga 10 hari bekerja untuk memproses dan membungkus pesanan dalam talian yang diterima. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana pasukan kami sentiasa berusaha untuk menghantar pesanan anda secepat mungkin.
Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula semua maklumat penghantaran sebelum melengkapkan pesanan kerana kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pesanan yang dihantar ke alamat yang salah.
Kami mohon maaf kerana pesanan anda mengalami kelewatan. Sekiranya pesanan anda dibuat semasa tempoh promosi yang mempunyai trafik tinggi, penghantaran mungkin mengambil masa antara 5 hingga 10 hari bekerja untuk sampai kepada anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka, anda akan menerima makluman lanjut daripada kami mengenai kelewatan tersebut. Sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami sekiranya anda ingin menyemak status pesanan anda.
Sekiranya anda mendapati produk rosak semasa penghantaran, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari yang sama dengan menyertakan bukti sokongan dan nombor Invois anda.
Bayaran balik adalah tertakluk kepada budi bicara syarikat kurier. Dalam keadaan luar biasa di mana produk anda hilang daripada pesanan, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari penghantaran dan kami akan sedia membantu anda.
Sila hantarkan e-mel kepada kami di [email protected]. Balasan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Ya! Anda akan menerima emel sebaik sahaja pesanan anda dibungkus dan dihantar kepada pihak kurier. Anda boleh menjejak penghantaran anda menggunakan nombor penjejakan yang diterima melalui emel anda.
Kami tidak dapat menghantar sebarang bungkusan ke luar Malaysia pada masa kini.
Sekiranya anda ingin menghantar barangan ke alamat yang berbeza di dalam Malaysia, sila buat pesanan berasingan untuk setiap alamat. Caj penghantaran berasingan akan dikenakan untuk setiap alamat sekiranya berkenaan.
Pesanan akan dihantar melalui kurier antara jam 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat. Penghantaran hanya dibuat ke alamat-alamat di dalam Malaysia.
Sekiranya anda tidak berada di lokasi semasa penghantaran, bungkusan anda akan dihantar semula pada keesokan harinya. Sila hubungi syarikat logistik yang ditetapkan dan berikan nombor penjejakan anda untuk mengatur penghantaran semula.
Sekiranya anda tiada di alamat penghantaran pada waktu penghantaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan Kurier. Harap maklum bahawa kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pelanggan.
Pesanan akan diproses dari Isnin hingga Jumaat 9:00 AM – 6:00 PM, tidak termasuk hujung minggu.
Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan pesanan anda dihantar tepat pada masanya, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak akibat kelewatan yang disebabkan oleh syarikat penghantaran yang berada di luar kawalan kami, atau oleh sebarang kejadian di luar kawalan atau jangkaan munasabah kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelewatan akibat alamat penghantaran yang tidak tepat diberikan kepada kami.
Pemulangan & Pertukaran
Di MyPati, kami komited untuk memberikan anda produk berkualiti. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, berikut adalah polisi rasmi kami:
Polisi Pemulangan
- Produk boleh dipulangkan dalam keadaan asal, belum dibuka, dan masih dalam bungkusan asal.
- Produk yang layak dipulangkan akan menerima bayaran balik penuh (100%).
- Semua caj penghantaran asal tidak akan dikembalikan.
- Sila gunakan perkhidmatan kurier yang boleh dipercayai dan menyediakan nombor penjejakan. Produk mesti dipulangkan dalam keadaan yang boleh dijual semula.
Polisi Bayaran Balik
- Semua bayaran balik akan diproses dalam Ringgit Malaysia (RM).
- Bayaran balik akan dipindahkan melalui bank transfer menggunakan maklumat akaun bank yang anda sediakan.
- Proses bayaran balik akan mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja selepas produk diterima dan disahkan.
- Setelah bayaran balik diproses:
- Mata ganjaran yang diterima daripada pembelian tersebut akan ditolak daripada profil anda.
- Komisen affiliate yang telah diberikan akan ditarik balik atau ditolak daripada komisen akan datang.
Nota Tambahan
- Sekiranya anda memulangkan pembelian yang melayakkan anda menerima hadiah percuma tetapi hadiah tersebut tidak dipulangkan, nilai hadiah akan ditolak daripada jumlah bayaran balik.
- Sekiranya berlaku isu luar biasa seperti produk hilang daripada pesanan, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari penghantaran untuk tindakan lanjut.
Ikuti 5 langkah mudah berikut untuk membuat pemulangan:
Langkah 1: Sahkan Kelayakan Pemulangan
Pastikan produk anda masih dalam keadaan asal, belum dibuka, belum digunakan, dan dalam bungkusan asal, serta masih dalam tempoh polisi pemulangan kami.
Langkah 2: Emel kepada [email protected]
Sila sertakan maklumat berikut dalam emel anda (4 perkara wajib):
- Nombor pesanan (rujuk emel pengesahan pesanan anda)
- Username atau emel log masuk
- Gambar produk yang jelas (bahagian depan & belakang)
- Gambar label/printing pada produk
Langkah 3: Terima Nombor Tracking Prabayar
Selepas pengesahan dibuat, kami akan membalas emel anda dengan nombor tracking Ninja Van yang telah dibayar.
Langkah 4: Hantar ke Cawangan Ninja Van (PUDO Point)
Bawa produk anda ke Outlet Ninja Van terdekat (PUDO Point) dan tunjukkan nombor tracking tersebut.
- Kos penghantaran ditanggung oleh kami (sudah prabayar).
- Kos bahan pembungkusan (contoh: flyer, bubble wrap, kotak) adalah tanggungjawab anda.
- Wakil Ninja Van akan membantu anda untuk proses penghantaran.
Langkah 5: Proses Bayaran Balik / Pertukaran
Kami akan mula memproses bayaran balik selepas produk anda sampai ke gudang MyPati dan disahkan dalam keadaan asal.
Mata ganjaran : mata ganjaran daripada pesanan tersebut akan ditolak daripada profil anda.
Bayaran balik: diproses dalam Ringgit Malaysia (RM) melalui bank transfer ke akaun bank yang anda berikan, dalam tempoh 7–14 hari bekerja.
Jumlah akhir yang tertera pada invois semasa pembayaran pada hari pesanan anda dibuat adalah harga muktamad. Sebarang perubahan harga yang berlaku di laman web selepas pembayaran dibuat tidak akan menjadi alasan untuk bayaran balik.
My Account
Anda boleh membuka akaun dengan dua cara:
- Melalui menu – Klik butang “My Account” di bahagian atas menu, kemudian isi alamat e-mel dan kata laluan untuk mendaftar.
- Semasa membuat pembelian – Semasa di halaman checkout, tandakan kotak “Create an account?” dan masukkan kata laluan.
📌 Dengan mendaftar akaun, anda akan menerima 20 mata ganjaran (RM20) secara automatik!
Privasi anda adalah keutamaan kami, dan semua maklumat yang anda berikan kepada kami akan dijaga dengan kerahsiaan yang ketat. Kami berjanji untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana syarikat luar untuk tujuan surat-menyurat atau pemasaran. Anda boleh membaca polisi privasi kami di sini.
Kami berasa kesal mendengar bahawa anda tidak lagi ingin menerima surat berita emel daripada kami.
Anda boleh berhenti melanggan emel kami dengan mudah. Untuk berbuat demikian, sila skrol ke bahagian paling bawah dalam salah satu emel kami, di mana anda akan melihat pautan untuk berhenti melanggan. Klik pautan tersebut dan anda akan dibawa ke halaman di mana anda boleh memilih untuk berhenti melanggan sebahagian atau semua emel kami.
MyPati Membership
Daftar sahaja dan anda akan secara automatik menjadi ahli.
- Gold member: Mengumpul 351 points dan ke atas untuk menjadi Gold Membership
- Silver member: Mengumpul 101 points dan ke atas untuk menjadi Silver Membership
- Bronze member: Anda akan secara automatik menjadi Bronze member lepas daftar.
Berikut adalah cara mengumpul points:
- Daftar account dan dapatkan 20 points (RM 20).
- Dapatkan points daripada pembelian anda bergantung kepada jenis keahlian anda.
- Dapatkan 50 Points (RM 50) bagi setiap ulasan produk
- Follow social media seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok.
Baca sini untuk maklumat yang lebih lanjut.
Mata ganjaran anda tidak mempunyai tarikh luput.
Sebagai ahli MyPati Membership, anda akan menikmati keistimewaan seperti:
- Bronze Membership +1 point (RM 1) bagi setiap perbelanjaan RM100
- Silver Membership +1 point (RM 2) bagi setiap perbelanjaan RM100
- Gold Membership +5 point (RM 5) bagi setiap perbelanjaan RM100
MyPati Affiliate
MyPati Affiliate ialah program di mana anda boleh menjana komisen sehingga 40% dengan mempromosikan produk kami. Anda akan menerima komisen untuk setiap jualan yang dibuat melalui link affiliate anda.
3 langkah mudah:
- Log Masuk ke Akaun Affiliate
- Lawati Mana-mana Halaman Website
- Laman Utama (Homepage)
- Halaman Produk (Product Page)
- Halaman Blog atau Artikel (Contoh: 18 Petua untuk Mudah Buang Air Besar)
- ➡️ Semua halaman di website boleh digunakan untuk affiliate.
- Kongsi Pautan Melalui Butang Media Sosial di Bawah
- Facebook, WhatsApp, Share (LinkedIn, FB Messenger, Telegram, X (Twitter))
- Klik mana-mana butang → Link anda akan dikongsikan secara automatik (dengan affiliate ID disematkan).
- ➡️ Apabila orang klik link tersebut dan membuat pembelian, anda akan menerima komisen!
Anda boleh menjana komisen sehingga 40% bergantung kepada jumlah pelanggan yang anda rujuk. Sila rujuk jadual di bawah.
| MyPati Affiliate Level | Bilangan pelanggan anda rujuk | Komisen % |
|---|---|---|
| Ahli | 1 – 5 | 15 % |
| Rakan | 6 – 10 | 20 % |
| Pembimbing | 11 – 15 | 25 % |
| Inspirasi | 16 – 30 | 30 % |
| Ikon | 31 ke atas | 40 % |
Komisen dikira berdasarkan jumlah selepas diskaun (jika ada) dan tidak termasuk kos penghantaran.
Situasi Tetap Untuk Semua Contoh:
- Harga produk: RM100
- Voucher diskaun pelanggan: RM10
- Jumlah selepas diskaun: RM90
- Kos penghantaran: RM7 (TIDAK termasuk dalam pengiraan komisen)
- Jumlah layak dikira komisen: RM90
| MyPati Affiliate Level | Komisen % | Kiraan Komisen | Jumlah Komisen |
|---|---|---|---|
| Ahli (1-5 pelanggan) | 15% | RM90 x 15% | RM13.50 |
| Rakan (6-10 pelanggan) | 20% | RM90 x 20% | RM18.00 |
| Pembimbing (11-15 pelanggan) | 25% | RM90 x 25% | RM22.50 |
| Inspirasi (16-30 pelanggan) | 30% | RM90 x 30% | RM27.00 |
| Ikon (31+ pelanggan) | 40% | RM90 x 40% | RM36.00 |
Berikut adalah kebaikan MyPati Affiliate Program:
- Komisen tinggi sehingga 40%
- Tidak perlukan modal
- Tidak perlu simpan stock
- Tiada risiko business
- Sangat mudah. Hanya share saja!
Apabila seseorang klik link affiliate anda, sistem akan “ingat” anda sebagai perujuk selama 30 hari.
Jika mereka membeli dalam tempoh 30 hari ini, walaupun bukan hari yang sama, anda tetap akan dapat komisen.
Contoh mudah:
- Hari ini kawan anda klik link anda.
- Dia tidak beli hari ini, tapi beli 2 minggu kemudian → Anda tetap dapat komisen.
Jadi, lebih awal dan lebih kerap anda kongsi link, lebih besar peluang untuk jana komisen!
Sistem kami menggunakan prinsip Last Click Wins.
Ini bermaksud, jika pelanggan klik beberapa pautan affiliate, affiliate yang pautannya diklik terakhir sebelum pembelian akan menerima komisen.
Contoh:
- Pelanggan klik link Affiliate A → Tidak beli
- Seminggu kemudian, pelanggan klik link Affiliate B → Buat pembelian
➡️ Affiliate B akan menerima komisen kerana link beliau adalah klik terakhir sebelum pembelian.
Pembayaran dibuat setiap bulan minggu pertama apabila jumlah minimum pembayaran dicapai.
Pembayaran dilakukan melalui bank transfer semasa anda register.
Minimum untuk payout ialah RM100.
Mudah sahaja! Hanya 3 langkah.
- Daftar affiliate akaun anda. Permohonan anda akan disemak. Hanya customer layak untuk join MyPati Affiliate.
- Kongsikan website MyPati seperti homepage, produk dan blog artikel.
- Dapatkan komisen dalam minggu pertama setiap bulan. Minimum untuk payout ialah RM100.
Sangat mudah! Ikuti langkah di bawah:
✅ Langkah 1: Klik “Daftar Sekarang!”
Pergi ke halaman program affiliate dan klik butang “Daftar Sekarang!” untuk memulakan pendaftaran.
✅ Langkah 2: Isi borang pendaftaran affiliate
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang seperti berikut:
Username (Untuk affiliate Login)
→ Pilih username unik.
Password
→ Pilih dan sahkan kata laluan anda untuk akaun affiliate.
Email
→ Masukkan email aktif untuk urusan login dan notifikasi komisen.
Name (Sama seperti IC Untuk Bank)
→ Masukkan nama penuh seperti dalam IC/bank. Ini penting untuk bayaran komisen.
Phone Number
→ Nombor telefon aktif untuk pengesahan atau jika team affiliate perlu hubungi anda.
IC Number (Untuk Bank Verification)
→ Digunakan untuk pengesahan pemilik akaun semasa pembayaran komisen.
Bank (Untuk Komisen Anda)
→ Pilih nama bank tempatan (contoh: CIMB, Maybank, RHB) untuk pembayaran komisen.
Bank Account Number
→ Masukkan nombor akaun bank untuk menerima bayaran komisen.
✅ Langkah 3: Tekan butang “Submit”
Selepas lengkap semua maklumat → klik Submit untuk hantar permohonan.
✅ Langkah 4: Tunggu kelulusan
Pihak MyPati akan menyemak permohonan anda. Selepas diluluskan, anda boleh mula promosi dan jana komisen.
👉 Ya. Program ini khas untuk Keluarga MyPati sahaja.
Hanya mereka yang telah membeli dan merasai sendiri manfaat produk MyPati layak menjadi affiliate.
Kerana siapa lagi yang paling layak berkongsi kebaikan, kalau bukan mereka yang telah alami sendiri?
Ya, 100% percuma. Tiada yuran dikenakan untuk menjadi affiliate.
Jika pelanggan membatalkan atau membuat pemulangan, komisen bagi pesanan tersebut akan ditolak atau dibatalkan.
General
Secara umumnya, jika seseorang mengamalkan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat, keperluan untuk mengambil suplemen mungkin tidak begitu mendesak. Namun, dalam realiti kehidupan moden yang sibuk, ramai antara kita mungkin tidak mendapat semua nutrien penting yang diperlukan melalui pemakanan harian sahaja.
Beberapa sebab mengapa suplemen mungkin diperlukan termasuk:
- Kekurangan nutrisi: Diet tidak seimbang, pengambilan makanan segera yang tinggi, atau tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral tertentu.
- Gaya hidup sibuk: Mereka yang mempunyai jadual harian yang padat kadangkala sukar mendapatkan nutrien mencukupi daripada makanan semula jadi sahaja.
- Keperluan khusus: Wanita hamil, warga emas, individu dengan masalah kesihatan tertentu (seperti anemia, osteoporosis), atau mereka yang menjalani diet khas (seperti vegetarian) mungkin memerlukan suplemen untuk menampung keperluan tambahan.
- Persekitaran moden: Pendedahan kepada pencemaran, stres, dan gaya hidup tidak aktif boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap antioksidan dan nutrien tertentu.
Namun begitu, penting untuk diingat bahawa suplemen tidak boleh menggantikan diet yang sihat. Ia sepatutnya berfungsi sebagai pelengkap, bukan pengganti kepada pemakanan yang seimbang. Sebelum memulakan sebarang pengambilan suplemen, adalah disarankan untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan untuk memastikan ia benar-benar diperlukan dan sesuai dengan keperluan tubuh anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan atau sedang mengambil ubat, kami amat mengesyorkan agar anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau profesional kesihatan bertauliah anda sebelum memulakan penggunaan produk MyPati. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesesuaian produk dengan keadaan kesihatan anda.
Pengambilan suplemen bergantung kepada jenis produk. Sesetengah suplemen disarankan diambil bersama makanan untuk penyerapan optimum, manakala yang lain lebih berkesan diambil semasa perut kosong. Untuk memastikan cara pengambilan yang betul, sila rujuk label produk atau maklumat yang dinyatakan di laman produk MyPati.
Kemudahan pengilangan MyPati telah diperakui halal oleh JAKIM, dan produk kami adalah bersijil halal serta mesra Muslim. Sila rujuk sijil halal bagi setiap produk di halaman produk masing-masing.
Secara amnya, kami mengesyorkan semua produk MyPati disimpan di kawasan yang kering dan sejuk, jauh daripada cahaya matahari langsung atau sumber haba. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah produk mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berbeza, dan adalah penting untuk tidak menyimpan produk MyPati di dalam kereta, kerana suhu dalaman boleh meningkat melebihi julat suhu yang dibenarkan apabila kenderaan diparkir di luar.
Kami mengesyorkan anda merujuk kepada label produk atau maklumat yang tersedia di halaman produk di laman web MyPati untuk panduan lanjut.
Oleh itu, kami amat mengesyorkan agar anda sentiasa merujuk label produk atau maklumat yang dinyatakan di laman produk.
